Friday, December 31, 2010

2011

It's been a year from the day this blog was created. Nothing much has been said, but only a few entries throughout the 12 months.

I am expecting a question will be asked to me next year and the year after. So, i already prepared two sets of answers. One set will be answer to someone that i believe has an understanding about real life & the meaning of destiny. And another set of answer is for anyone who are expecting that all humankind in this world have the same path like them. Let them wondering till the end.

I am not interested to tell them what I went through all this while. Actually, i am a little bit tension with the conversion of my age from 2 to 3. I can’t stop the tick-ticking of the clock, but, no, I still haven’t found him. But I’m hopeful.

This year, I’m counting down the New Year with a bunch of love songs. A little bit melodramatic, because, again, I still haven’t found him. But I’m hopeful.

I am hoping that this year ahead will bring us joy & completes what is incomplete.

Life would be such a wonderful if we can predict the unpredictable, expect the unexpected matters, but yet, life is lead differently, you have to decide based on how yours is going or the direction its heading.

As long as i have faith, it will lead me to the next step even though i don't see the whole staircase.

HAPPY NEW YEAR!!

Tuesday, October 26, 2010

Entry masuk bakul angkat sendiri

Dia ni seorang pekerja yang baik. Dia xberkira sgt bab2 keje lebih masa, kna ganggu wktu weekend, kna keje public holiday, kna dtg opis mlm2 dan etc8. Dia juga xbyk mengeluh psl apa2 yg dia xpuas ati. Boleh kata dia ni spesis ikhlas bekerja. Bukan bekerja semata2 nk dpt gaji ujung bulan. Spesis mcm dia ni dia rasa dh xbyk kt bandar dia ni. Kalo ada pun sorang dua, salah sorang adalah pesaing kuat dia yg keje kt jaya gading dulu.

Oleh sbb dia ni xbyk mengeluh, lebih byk la yg dia pendam. Selagi dia boleh bekerja & memenuhi permintaan bos dia, dia no hal punya. Tapi dlm diam2 dia, smpai satu tahap kalo dia dh rasa xseronok @ xsuka ngn sape2 disekeliling dia, dia tidak akan teragak2 buat decision yg plg drastik, iaitu hantar surat resign. Itulah perangai dia.

Kejadian semlm buatkan dia rasa panas hati. Tahap kesabaran dh smpai kemuncak kot. Dia dh habis bersabar dengan perangai mereka. Kadang2 dia rasa bosan, rasa menyampah. Bila dia dh rasa mcm tu, dia akan buat apa sahaja yang boleh tenangkan hati dia. Bila dia resign, company dia takkan jumpa dh seorang staf yg mcm dia. Mana ada dh dlm dunia ni spesis mcm dia yg xberkira psl keje, lebih2 lagi dia perempuan. Kwn2 dia yg lain skit2 mengeluh, skit2 xpuas hati. Dia hanya mendengar. Dia xsuka ckp byk.

Alangkah untungnya mana2 company dpt staf mcm dia. Tapi takpelah. Oleh sbb dia ni jenis xsuka nk menyusahkan org lain, dia mungkin akan buat apa yg dia rancangkan selama ni. Good luck pd dia. Rezeki ada dimana2.

Tuesday, September 28, 2010

Dia

Dia sedang melalui satu fasa dalam hidupnya, dimana dia merasa amat bahagia
Hatinya begitu tenang, tiada yang perlu difikirkan melainkan masalah kerja
Resahnya kerana bagaimana nk siapkan tugas yang bertimbun atas meja
Bimbangnya kerana risau due date hampir tiba
Sedihnya hanya kerana kesihatan ibunya terjejas sentiasa

Dia xperlu lagi sakit hati
Dia xperlu lagi fikir bagai nak mati
Dia xperlu lagi buat andaian membuta tuli
Kerana cinta hatinya telah pergi
Cinta hatinya yang dulu disanjung tinggi
Tetapi kini telah jatuh darjatnya hingga ke kaki

Dia tidak salahkan Ilahi
Takdir Tuhan ada hikmah tersembunyi
Menanti terpancar disuatu hari

Dia bahagia hidup sendiri
Melayari bahtera kehidupan duniawi
Kadang-kadang terasa sunyi
Sepi tiada teman disisi
Tapi dia ingat apa yang dijanji
Jodoh pertemuan ditangan Ilahi

Kadang-kadang dia rindu
Pada ungkapan i love u
Tapi ada apa dengan cinta padamu
Jika tindakan selalu melulu

Dia menyesal
Kerana dulu dia alpa
Kerana dulu dia leka
Sedikit rasa cinta menjadikan dia buta

Jika cinta dapat dekatkan dirinya kpd Pencipta
Moga segerakan pertemuannya dengan sang jejaka
Tapi jika cinta membawanya ke neraka
Moga hatinya tak perlu dibajai lagi dgn cinta manusia

Inilah bahagia....dia bahagia

Wednesday, September 1, 2010

Aku Tergoda....


Dia agak mempesonakan
No wonder my boss tertawan

Dia memang mempesonakan
Wajah yang bengis tiba-tiba tersenyum menawan

Tidak hairan ramai yang menggilai
Dan kini aku memahami
Kerana aku telah melalui

Ternyata pesonanya memikat
Sehingga aku nyaris-nyaris terpikat...

Thursday, August 26, 2010

Penantian



Separuh jiwaku telah jadi satu
Tak sabar ku menunggu
Datangnya sang waktu
Tuk membuat sejarah baru
Hari terus berlalu
Menanti kuterharu
Tuk melukiskan cerita baru

Satu nafasku kian jadi satu
Bahagia yang kutunggu
Peluk erat dirimu
Berbisik ayat-ayat rindu
I just want to say i love u
I need u and i miss u

Monday, August 16, 2010

Sepatutnya...


Surat dari Pejabat Agama telah diterima...
Dan sepatutnya...

Dia yang meminta, bukan 'orang itu' yang memberi
Dia yang teraniaya, bukan dia yang berdosa

Dikemudian hari
Akan dicanangkan satu kampung
Bahawasanya 'orang itu' telah memberi
Gahnya rasa pabila kuasa terlaksana

Biarkan
Asalkan dia dilepaskan
Asalkan yang nyata,'orang itu' berdosa dimata Tuhan

Mungkin aku tidak mengetahui
Kerana aku tidak melalui
Tetapi aku menyesali
'Orang itu' begitu membuta tuli

Friday, August 13, 2010

Syukur...


Di meja makan....

Dulu berempat
Kini bertiga
Yang seorang itu keluar
Pergi meninggalkan kami
Yang alu-alukan kepergiannya

Tempat duduk sebelahnya masih berpenghuni
Dia bersyukur
Kerana masih punyai peluang bersama
Disaat kewujudannya amat bermakna

Dia begitu menghargai
Setiap detik dan waktu
Dia terus berdoa
Moga masa dipanjangkan
Untuk dia bersamanya

Thursday, August 12, 2010

Letih...


Tazkirah yang didengari diwaktu lunch td begitu menusuk kalbunya sehinggakan....

Dia letih
Bukan letih berpuasa hari kedua
Tapi letih menahan air mata
Menahan dari gugur membasahi dunia

Dia kesedihan
Bukan kerna sang kekasih derhaka
Tapi kerna menginsafi dosa
Dosa lalu yang begitu dikesalkan



Dia rasa berdosa
Dia memang berdosa
Hatinya penuh bintik2 hitam
Gelap membayangi jiwa
Hati dulu telah ternoda

Dia telah sedar
Dia telah insaf
Taubat jalan terindah
Untuknya kembali ke jalan syurga

Tuesday, August 10, 2010

Kecewa



Fajar menyinsing
Bulan masih mengambang
Terhenti dipinggir jalan
Mengeluh kecewa, membukakan mata

Aku kecewa...

Aku kecewa...

Biarkan
Biarkan waktu teruslah berputar
Sehingga terjaga mentari lantas melenyapkan bulan
Dan mimpi semalam meluncur

Ku hilang dalam terang

Sunday, August 8, 2010

Kembali



Aku telah kembali ke dunia realiti
Aku telah meninggalkan zaman jahiliah
Zaman jahiliah yg terlalu taksub dengan cinta fatamorgana

Tuesday, August 3, 2010

Kisah Emak

Mmmmm....aku ada satu kisah nk kongsi...
Penceritaan dilakukan oleh kwn lama aku di suatu ptg yg damai.
Kisah dalam cerita adalah cerita benar yg berlaku kpd beliau. Jika ada yg tidak benar, pedulikkan sbb point yg aku nk smpaikan bukanlah berkaitan dgn watak2 dlm kisah ini.

Kisah bermula seperti berikut:

Dia p hantar kete adik dia yg kemek accident kt salah satu tempat servis kereta berjenama dot dot. Setelah beberapa lama, dia telah pergi mengambil keretanya di tempat servis tersebut sbb org sana ckp kete dia udah siap. So, bila dia g, aik tetiba xsiap lg, ada benda keje yg xhbs buat, tunggu lama & ada laa sedikit mslh lg pd kete tu.

Nak dijadikan cerita, ada 1 kali tu mak dia ikut skali p tmpt servis tu. Mak dia ni jmpa la ngn manager customer service tu mengadukan mslhnya. Mungkin dgn nada yg xberapa disenangi oleh manager itu. Lalu manager itu menghalau mak dia ni keluar dr bilik. Kebetulan waktu tu dia p toilet, takde di tempat kejadian.

So, tidak berapa lama lps tu,ntah mcm mana mak dia ni bgtau dia psl kna halau tu. Maka bengangla dia kt manager tu. Berani halau mak dia. Dia g tnya manager tu knp halau mak dia, manager tu ckp ada salah paham. Oleh kerana manager tu xnk mintak maaf, dia yg sentiasa berkeadaan cool ni blah dr tmpt kejadian.

Dia tulis 1 surat kt bos bsr tempt servis kete tu complaint blah blah blah... Point dia dlm surat tu adalah utk membetulkan keadaan dimana seorg manager customer service xpatut bersikap demikian w/pun pelanggan itu ternyata bersalah. Bak kata org phg Customer is always right!!

Dipendekkan cerita, kes ni dh selesai. Dieorg mengaku salah. Sekian...

Kesimpulan @ pengajaran yg aku dpt dr cerita ni adalah bagaimana seorg anak mempertahankan & melindungi mak dia. "Mak saya x pergi sekolah, tp mak sy dh sekolahkan sy, jd kalo nk marah, marah kt sy, bukan mak sy"

Aku rasa xramai yg akan bertindak demikian, plg kuat pun blah dr situ @ naik angin ngn manager tu kt situ, tp cara tu xbrape berkesan sbb mungkin manager tu akan lakukan yg sama dgn org tua yg lain-lain.

Aku bangga ngn dia. Dia rela bertindak mcm tu demi mak dia.

Aku harap jika ada pihak2 yg terlibat dlm kisah diatas baca entry ni, jgn amik ati yee...

Aku cuma nk berkongsi tentang tanggungjwab seorg ank pd mak dia.

Sunday, August 1, 2010

aku sakit....

Time2 sedey ni br ada mood nk update blog...



It seems that my life is expected to be sooo complicated soon....
Oleh sbb itu, aku jd sakit:

aku sakit bila....'teman tp mesra' aku yg ada matlamat hidup yg sama dgn aku nmpknya dh beralih arah..mmmhhhh, biarlah, bukan aku ada apa2 r/ship pun ngn dia..

aku sakit bila....aku rasa aku dh bersedia nk hidup berdua, tp jodoh aku xsmpai lg...

aku sakit bila.... aku terbygkan bila mak aku dh xde, bapak aku kwen lain & pindah duk skali ngn aku kt umh ni, mmmmhhh, apa aku nk buat? yg membuatkan aku sakit bukan psl bapak aku kwen lain, tp sbb dia pindah blk kt umh yg mak aku buat ni. aku dpt rasakan yg adik beradik aku yg lain akan redha & takkan membantah. BODOH...!! dieorg smua mmg bodoh...ataupun aku keras hati??? ya..mmg hati aku jd keras semenjak dr kecik sbb aku tgk depan mata dr aku kecik smpai aku dewasa perangai bapak aku yg ntah hapa2 tu.

aku sakit bila...aku dh terkantoi ngn kwn baik aku psl blog ni. Dia dh jmpa blog aku & aku harap dia takkan bercerita face to face ngn aku tentang apa yg aku luahkan dlm blog ni...dan aku juga berharap dia xbgtau sesape pun psl blog ni.

aku sakit bila...aku dikelilingi oleh kwn2 yg dh ada bf. dh lama aku xrasa mcm ni, semenjak awl thn ni. 'rasa' itu dtg kembali menjengah hati aku yg dh lama kering. bila kuar outing ramai2, asik gayut bls sms je ngn balak. adoi....

aku sakit bila....aku rasa aku ni sakit jiwa, sakit hati & sakit mental. dlm hati aku penuh dgn dendam & kebencian.

aku sakit bila....aku sunyi. bila aku sunyi aku jd jiwang. bila aku jiwang aku akan jd sedey...

aku sakit bila.... aku asyik terfikir apa kesudahannya hidup aku nie.....

Petikan kata-kata hikmah dari blog Genta Rasa
Antara dua cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman


Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fata morgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hati ku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta Mu yang ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

Sunday, July 4, 2010

Apa pendirian aku?

Mmmmm...apa pendirian aku?

1) Apa yg aku tau...mak dh buat yg terbaik utk anak2 dia.

2) Apa yg aku tau...aku xde hak utk judge sama ada 1 pihak salah, 1 pihak btul, dua2 pihak salah, dua2 pihak betul ataupun dua2 pihak ada salah dan betul.

3) Apa yg aku rasa...dalam keadaan, situasi dan takdir hidup mak yg sebegitu, itulah jalan yg terbaik yg patut mak lakukan. Jika diberi pilihan jln yg lain, mungkin keputusannya berbeza.

4) Apa yg aku fikir...jika aku ditakdirkan menemui jln hidup yg sama, aku fikir aku juga akan melakukan perkara yg sama, atau aku rasa aku akan memilih jln yg lebih baik utk diriku, iaitu berpisah. Tak perlu memikirkan anak2 nnti xde bapak kalau bercerai....tp at the end of the day bila anak2 dh besar, anak2 berani plk kuarkan pendapat yg bodoh & membuta tuli mengatakan aku bersalah kerana memilih jln itu.

Apa2 pun, aku berdoa agar mak sentiasa tenang menempuh sisa2 hidupnya. Aku sentiasa ada utk mak. Mak xperlu nak mempertahankan perkara itu, menidakkan perkara ini kerana aku tidak pernah menyalahkan mak dalam apa juga perkara.

Syukurku padaNya, kerana memberiku kesihatan utk bekerja menampung hidup & membahagiakan mak.

Syukurku juga padaNya, kerana memberi aku merasai pengalaman yang lampau. Dengan pengalaman itu aku berupaya menyelami hati mak.

i love u makk...!!

Hujan Malam

Salam...
Dah lama aku xupdate blog ni...lps sehari ke sehari nk update, at last aku dpt 1 topik yg aku rase nk tulis.
Drama Hujan Malam, arahan Rashid Sibir. Sebenarnya dh 2 kali aku tgk cite ni, tp xjemu2. Lakonan Eman Manan (Hadi), Ida Nerina (Atila) & Aida Aris (Anis).
Hadi ni kaya, arkitek, romantik, dh 10 thn kwen ngn Atila tp xdpt anak. So, Atila quit her job & concentrate pd famili dia. Tp Hadi dlm diam terjumpa Anis lalu jatuh cinta.
Anis xtau Hadi ni dh kwen, & of cos la jatuh cinta jgk dgn Hadi. Bila dpt tau Hadi ni suami org, then Anis berenti keje sbg nurse & lari ke tempat lain utk jauhkan diri dr Hadi.
Pada masa yg sama, Atila pregnant tp disahkan ada cancer servik plk. Doktor advise suh gugurkan kandungan sbb bahayakan nyawa dia tp Atila berkeras nk lahirkan baby tu sbb dh lama dieorg nk anak.
Anis plk dpt keje kt klinik dr.nora, personal doctor Atila ni td. Dr.Nora suh Anis jaga Atila kt umh. Anis pun setuju tanpa mengetahui yg Atila ni wife Hadi. Dipendekkan cerita, bila Anis dh tau Hadi ni husband Atila, Anis nk benti keje, tp kebetulan Atila dpt tau hubungan husband die ni ngn Anis.
Mula2 Atila ni berang jgkla, tp last2 dia suh Anis kwen ngn Hadi utk jaga baby tu lps dia mati nnti.
Makanya, masa Hadi nk akad nikah, Atila pengsan. Bwk pi hospital, Dr.Nora bedah utk selamatkan baby. Anis pun tolong jgk, tolong derma darah kt Atila sbb Atila bleeding byk sgt. Last2 Atila & baby selamat, Anis lari ntah kemana.

Lakonan Ida Nerina ni mmg real, smpai aku rasa mcm nk jd mcm dia... cantik, kaya, ada suami romantik, bila sakit suami jaga, dikasihi, disayangi, hidupnya hampir sempurna tp tetap ada dugaan. Kehadiran Anis ada hikmahnya walaupun pada mula dianggap perampas suami org. Tanpa Anis, mungkin Atila xdpt diselamatkan.

Lakonan Eman Manan mcm biasala, sama level ngn Rosyam Nor dlm cite Gelora Dihati Sara. Bagi seorang lelaki, kdg2 melakukan kesilapan, bukan silap mencintai wanita lain dikala sudah beristeri, tp silapnya pada cara menangani masalah ataupun ketika berdepan dengan situasi tertentu. Seperti apa yg aku tulis dalam previous post, api yg 'ter'menyala, tp xpandai nk control nyalaan itu.

Lakonan Aida Aris pula berkesan. Watak seorang wanita yg xnk menghancurkan rumahtangga org lain. Wanita sebegini kebiasaannya akan menjadi tempat maki hamun 1st wife, perampas & sebagainya. Tapi hakikatnya bukan dia yg silap. Salahnya pada ketidaktahuan dirinya tentang status lelaki itu. Mana ada wanita yg nk jd perampas, kecuali yg btul2 tamak & pentingkan diri. If tau lelaki tu suami org sebelum cinta berputik, pastinya mana2 wanita akan undur diri. Tp bila dh dlm hati ada cinta, itu yg payah sikit nk undur belakang.

Conclusion & pengajaran yg aku dpt dr drama ni & juga drama Gelora Dihati Sara...Setiap kenikmatan berumahtangga itu comes with responsibility. Mana ada benda free dalam dunia ni. Kita nk mkn ikan yg sedap, knala kuarkan duit beli ikan yg mahal, begitulah peraturannya. Walaupun aku kini seakan mahu merasai kenikmatan berumahtangga, tp aku rasa belum bersedia utk menjlnkan tggjwb & melakukan pengorbanan. So, aku menikmati hidup begini dengan rela hati....

Sekian.

Ohh Tuhan, Kau dengarkanlah rayuan...Cintaku yang berpanjangan, tak kesampaian, yang kuharapkan, tiada haluan...

Sunday, April 4, 2010

Angah & Andak

"Hey !!! tak ada lelaki lain ke yg kau nk kebas, laki aku jgk yg kau nak!" Dialog Angah yg dilontarkan kepada adiknya Andak. Satu babak dari drama Alif Firdaus tv3 hari Jumaat jam 9mlm.

Suami org, hak org. Ya, bukan hak kita. Tapi kadang2 jiwa yg sunyi dan lemah benteng nafsunya menyebabkan perasaan ingin disayangi tidak dapat dihalang. Apa yg dimahukan bukanlah hubungan yg serius, tetapi cukup sekadar peneman, pendengar dan kawan utk berbicara. Bermula dari situ, kdg2 hubungan yg sekadar teman tapi mesra bertukar menjadi yg lebih serius. Api yg dulunya kecil kini kian merebak.

Tetapi tidakkah kita sedar bahawa kenapa Tuhan membenarkan lelaki berkahwin lebih dari satu? Dan tidakkah kita sedar bahawasanya apa yg wujud depan mata kita kini ialah 1 nisbah 7 ? Setiap peraturan yg ditetapkan Tuhan ada sebabnya. Aturan dan ketetapannya cukup sempurna. DIA tidak mewujudkan sesuatu perkara itu sia sia.

Me bukan nk menyokong poligami, bukan juga menolak poligami, tetapi me sedar suatu hari nanti perkara yg amat ditakuti oleh wanita zaman ini mungkin terjadi kepada me. Bermadu atau dimadukan. Pada me kedua-duanya adalah sama. Kata kuncinya adalah berkongsi. Tetapi perkongsian yg wujud zaman ini adalah dengan cara yg dilarang.

Sesetengah lelaki berani menyalakan api untuk memanaskan badannya yg kesejukan tetapi tidak bersedia untuk memadamkan nyalaan tatkala matahari sedang terik memancarkan cahayanya. Kebanyakkan mereka hanya membiarkan api itu merebak membakar sekeliling, dan tidak kurang juga ada meninggalkan tempat nyalaan tadi.

Kerana itulah isteri2 takut dan fobia mendengar perkataan poligami. Jika semuanya mengikut jalan yg betul, nescaya apa yg ditetapkan oleh Tuhan itu mendatangkan seribu satu kenikmatan.

Ku tanggalkan baju dunia...Dakapku dengan selimut syurga..

Thursday, April 1, 2010

Asmaradana

Cerita yang sedang hangat ditayangkan di tv3 jam 10.30 mlm Isnin hingga Khamis. Me baru habis menonton episod mlm ini. Me tertarik dengan ungkapan Zizah disaat sejambak bunga dihulurkan kepadanya "Abang, terima kasih kerana membahagiakan Zizah.." Kemudian dibalas pula dengan jawapan Zizan "Terima kasih kerana mencintai abang.."

Ungkapan itu amat menyentuh hatiku walaupun ia hanyalah ucapan terima kasih sebagai penghargaan diatas kasih sayang yang dicurahkan antara mereka. Setiap kenikmatan hidup berumahtangga pasti hadir bersama dengan tanggungjawab. Begitulah peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Setiap yang ada dimuka bumi ini adalah dalam bentuk berpasang-pasangan sama ada yang zahir atau yang batin.

Ia juga selari dengan prinsip perakaunan yang aku pelajari selama ini..we must get back the income for every single cents that we spend. Ada debit dan credit, aset dan liabiliti. Sungguh sempurna ciptaan-Nya dimana semua yang ada memiliki pasangan.

Berbalik kepada cerita & ungkapan tadi, bagi me yang masih single n available, saat itu adalah saat yang paling diidamkan, tetapi adakah me berupaya untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan? Me merasakan kemampuanku belum mencapai tahap bersedia kerana terlalu banyak halangan, ditambah pula dengan pengalaman cinta yang begitu menyakitkan.

Kehidupanku kini lebih banyak tertumpu untuk menjaga & membalas budi ibuku. Sentiasa bersamanya kerna me merasakan dia akan pergi menemui Penciptanya suatu hari nanti. Sementara ada masa, ada peluang dan ada kelapangan, me akan sentiasa menghabiskan masa & bergembira bersamanya.

Teringat kata-kata semangat dari seorang teman.."Hiduplah dengan apa yang kita ada, nescaya akan ketemu bahagia". Usah ditanya kenapa diri kekurangan, usah ditangisi hati yang sunyi, usah dikesali apa yang telah terjadi..kerna setiap yang berlaku terselit seribu satu hikmah.

Wassalam.

Tuesday, February 2, 2010

First Day in the Second Month of Twenty Ten

--Kisah Satu--
"Jika kita mahu mengutarakan pendapat sendiri, sila pastikan pendapat tersebut dihujahkan secara betul dan tepat. Jika tidak, lebih baik kita hanya mendiamkan diri kerana pendapat yang disalahtafsirkan akan mengundang pandangan buruk dan mendatangkan kekeliruan. "

Itu adalah pengajaran utk kisah pertama. Pagi2 lg dh ada morning meeting mcm biasa each staff gave updates to our manager. When it comes 2 my turn, i've tried to give my personal opinion towards some matters, but my manager tends to misinterpreted my opinion to third party, and it had caused the third party misunderstood the real situation. That's a dangerous things. Further to that misunderstanding, now i am quite segan & i can say takut to discuss/ask for help with that third party because when it comes to banking matters, I've to deal with them.

--Kisah Dua--
"Kawal emosi dan perasaan anda ketika waktu bekerja serta always think +ve"

Itu adalah perkara yg sepatutnya gua buat bila tiba2 2 personel from cimb bank came to my office to offer some investment plan.

Kepanasan pertama, she should confirm with me either me & my manager have some free time to layan dieorg. Not just tetiba terpacul depan pintu nk jmpa my manager & i've instructed to join.

Kepanasan kedua, when i first saw the man beside her, i've recognized him as my classmate in secondary school. He used to be a budak nakal & gua xsgka sekarang die jd wealth advisor. Gua rasa tercabar & sedikit tertekan disitu.

Kepanasan ketiga, when i've tried to say that i've known him, that lady tetiba huluq name card & introduce them as husband & wife??? What for?? sedangkan when she introduced herself to my manager, takde plk die nk ckp mcm tu, ingat gua ni ex-gf laki die ke hapa...takde maknenyerrr...Gua dh panas bertimpa2 nie, i am not concentrate anymore what they saying & gua terus kuar bilik meeting & blah...

--Kisah Tiga--
"Mungkin hidup berumahtangga itu lebih bahagia"

I have my 1st english class today with my practical student's husband. He is mat saleh original & our class was quite exciting. But when i saw their life in that house, gua rase mcm gua nk kwen. Its just a feeling that came back in my mind after a year i've not been thinking about married. Y?? i can't explain the situation, the feel..but that is in my mind at that time.