Sunday, April 4, 2010

Angah & Andak

"Hey !!! tak ada lelaki lain ke yg kau nk kebas, laki aku jgk yg kau nak!" Dialog Angah yg dilontarkan kepada adiknya Andak. Satu babak dari drama Alif Firdaus tv3 hari Jumaat jam 9mlm.

Suami org, hak org. Ya, bukan hak kita. Tapi kadang2 jiwa yg sunyi dan lemah benteng nafsunya menyebabkan perasaan ingin disayangi tidak dapat dihalang. Apa yg dimahukan bukanlah hubungan yg serius, tetapi cukup sekadar peneman, pendengar dan kawan utk berbicara. Bermula dari situ, kdg2 hubungan yg sekadar teman tapi mesra bertukar menjadi yg lebih serius. Api yg dulunya kecil kini kian merebak.

Tetapi tidakkah kita sedar bahawa kenapa Tuhan membenarkan lelaki berkahwin lebih dari satu? Dan tidakkah kita sedar bahawasanya apa yg wujud depan mata kita kini ialah 1 nisbah 7 ? Setiap peraturan yg ditetapkan Tuhan ada sebabnya. Aturan dan ketetapannya cukup sempurna. DIA tidak mewujudkan sesuatu perkara itu sia sia.

Me bukan nk menyokong poligami, bukan juga menolak poligami, tetapi me sedar suatu hari nanti perkara yg amat ditakuti oleh wanita zaman ini mungkin terjadi kepada me. Bermadu atau dimadukan. Pada me kedua-duanya adalah sama. Kata kuncinya adalah berkongsi. Tetapi perkongsian yg wujud zaman ini adalah dengan cara yg dilarang.

Sesetengah lelaki berani menyalakan api untuk memanaskan badannya yg kesejukan tetapi tidak bersedia untuk memadamkan nyalaan tatkala matahari sedang terik memancarkan cahayanya. Kebanyakkan mereka hanya membiarkan api itu merebak membakar sekeliling, dan tidak kurang juga ada meninggalkan tempat nyalaan tadi.

Kerana itulah isteri2 takut dan fobia mendengar perkataan poligami. Jika semuanya mengikut jalan yg betul, nescaya apa yg ditetapkan oleh Tuhan itu mendatangkan seribu satu kenikmatan.

Ku tanggalkan baju dunia...Dakapku dengan selimut syurga..

No comments:

Post a Comment