Sunday, September 18, 2011

#73 : sedih sangat

tertanya-tanya kemana dia pergi
mengharapkan dia masih hidup
menantikan dia pulang

dah 3 hari...
makan hanya untuk melegakan perut yang berkeroncong
lebih banyak termenung terbayangkan kelibat dia
menyendiri memikirkan kenapa
diam kerana terlalu rindu

ini baru hilang kucing
kalau anak?
begini penangannya

Friday, September 16, 2011

#72: Sesaknya

susah di hati
gelisah dalam jiwa
risau di fikiran
sebab

TOBY HILANG...

sebenarnya saya rasa bersalah
sebab selalu abaikan TOBY
semenjak ada TOTO

dan sekarang bila dia hilang
saya rasa bersalah

jika ditakdirkan TOBY masih hidup
dan balik ke rumah
saya janji saya takkan abaikan TOBY
ya, saya janji
saya sayang TOBY

Thursday, September 1, 2011

#71 : Susah

---
Susah bila berdepan dan berkomunikasi dengan orang yang tak boleh langsung nak bertolak ansur & berlebih kurang. Pantang silap sikit, masam la muka tu macam buat silap besar. Adoii..letih...

---
Susah kalau mak takde. Hakikat bahawasanya semua di dalam dunia ini hanya pinjaman amatlah payah untuk diterima. Mak teman yang setia. Alhamdulillah, tahun in dapat beraya lagi dengan mak. Mak dah semakin uzur. Dah tak larat nak jalan jauh-jauh. Dah tak larat nak buat kerja berat-berat. Setiap doa-doa aku hanyalah meminta mak dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik.

---
“Jangan kamu marah jika orang lain tidak berubah sepertimana yang kamu kehendaki jika kamu sendiri tidak berubah seperti yang kamu kehendaki.”

‘Kekuatan’ dalam diri ialah apabila kita dapat melakukan sesuatu yang perlu dilakukan dan meninggalkan sesuatu yang tidak perlu dilakukan. Kita ingin kuat. Kuat dalam erti kata dapat menentukan arah hidup dan jalan hidup kita sendiri. Kuat untuk menghadapi rintangan dan akhirnya meraih kejayaan. Kuat untuk mengakui kesalahan dan memperbaikinya.


Pepatah Arab ada mengatakan, ‘Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya’. Jadi, apabila cinta itu sudah tersalah, maka tersalah jugalah manusia meletakkan sifat kehambaannya. Hidup beralih arah, daripada menghambakan diri kepada Allah kepada ‘menyembah’ hawa nafsu.
~~Gentarasa~~

---
Terkejut bila adik wish selamat hari raya sambil bersalaman dan cium tangan gue...waahhhhhh...rasa betul-betul macam 'kakak'.... satu feeling yang bahagia giler!