Sunday, December 25, 2011

#79 : bosan dan membosankan

gua ni dahla seorang yg bosan, hidup gua juga amat membosankan
hidup gua ni xde apa2 selain mak gua, adik beradik gua yg xmesra dan kerjaya gua yang sangat gua suka
tapi sekarang gua ada new addiction.....
main piano...virtual piano je sbb blm mampu utk beli the real one
harga piano baru gua dah usha..lebih kurang seribu dua ratus, Yamaha
wa nyaris2 dah nk oder hr tu thru ebay, tp wa rilek dulu
wa dah pandai main 2 lagu
lagu Hello Lionel Richie ngn lagu Love Story
hari-hari balik keje wa akan main piano dulu
tapi wa pandai main sebelah tangan je...belah kanan
lagi syok kalau bole main dua2 belah, baru complete melody dia..
takpe, practice makes perfect
wa confident one day wa bole main piano thru ears, mcm Hazman Halid
boringnya cuti lama2

gua suka lagu ni


oldies btul gua ni kan...

Monday, December 5, 2011

Hazman Halid: Ombak Rindu (Piano & Strings)

Hazman Halid: Ombak Rindu (Piano & Strings): I finished what I started - a rearrangement of this song with strings and guitar. .

Version ni lagi best sbb dia tambah guitar..

Tp knp fanpage dia xboleh view....adoii... private fb pun xleh view jgk...knp..knp...knp...

Thursday, December 1, 2011

Thursday, November 24, 2011

#77 : dah malas nak jawab

dulu selalu jugak orang salah panggil gua Puan....
dulu selalu jugak gua betulkan, saya Cik...
sekarang gua dah malas

dulu ada jugak orang cakap kat gua "husband kat rumah tak marah ke balik keje lambat ni..?"
dulu selalu jugak gua betulkan, saya belum kawin...
sekarang gua dah malas

Dan tetiba gua jadi stress lepas dgr lagi soalan tu semalam...
Dan gua dah malas nak betulkan
Gua sekadar boleh ketawa dalam stress

Friday, November 18, 2011

#76 : Mcm mana nak deal dgn feeling yg hanya datang sekali sekala sahaja

Contohnya
bila tengah drive balik keje, rasa mcm bestnya kalau ada anak tggu kita kat umah

bila nak pegi keje, rasa mcm best kalau dapat cium tangan suami

bila ada event company, rasa mcm best kalau dpt dtg dengan suami & anak2

bila waktu keje, rasa mcm best bila ada org sms kita ckp 'i miss u'

mmmm....



terbaik..... life is so cruel without you here beside me.. acewaahh..
ni lagu pertama den nak mainkan bila den dh pandai main piano nnti...
esok adik balik kg...

Saturday, October 29, 2011

#75 : Betul lah tu

Dr.Fadzillah Kamsah cakap, kalau kita ada masalah dalam hubungan kita sesama manusia, itu bermakna kita ada masalah dalam hubungan kita dengan Tuhan. Jadi, perbaiki hubungan dengan Tuhan dulu, then Tuhan akan tolong kita perbaiki hubungan kita dengan orang sekeliling.

Motivator Pn.Rubiah cakap, orang yang perfectionist ini selalunya dia akan keseorangan pada hari tua nanti. Orang tu takkan ada ramai kawan.

Ustaz Mohd Pahrol Juoi cakap, macam mana kita nak mengubah perangai orang lain jika kita sendiri pun tak mampu nak mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Jangan salahkan orang itu jika dia tidak mahu berubah mengikut kehendak kita kerana kita takkan mampu merubah orang lain melainkan Yang Esa.



Saya tak mampu nak bertentang mata dengan awak sebab awak terlalu mempesonakan pandangan saya.

Sunday, October 9, 2011

#74 : Bobby Kim?



baru tau 'saranghae' tu maksudnya 'i love u'...

Sunday, September 18, 2011

#73 : sedih sangat

tertanya-tanya kemana dia pergi
mengharapkan dia masih hidup
menantikan dia pulang

dah 3 hari...
makan hanya untuk melegakan perut yang berkeroncong
lebih banyak termenung terbayangkan kelibat dia
menyendiri memikirkan kenapa
diam kerana terlalu rindu

ini baru hilang kucing
kalau anak?
begini penangannya

Friday, September 16, 2011

#72: Sesaknya

susah di hati
gelisah dalam jiwa
risau di fikiran
sebab

TOBY HILANG...

sebenarnya saya rasa bersalah
sebab selalu abaikan TOBY
semenjak ada TOTO

dan sekarang bila dia hilang
saya rasa bersalah

jika ditakdirkan TOBY masih hidup
dan balik ke rumah
saya janji saya takkan abaikan TOBY
ya, saya janji
saya sayang TOBY

Thursday, September 1, 2011

#71 : Susah

---
Susah bila berdepan dan berkomunikasi dengan orang yang tak boleh langsung nak bertolak ansur & berlebih kurang. Pantang silap sikit, masam la muka tu macam buat silap besar. Adoii..letih...

---
Susah kalau mak takde. Hakikat bahawasanya semua di dalam dunia ini hanya pinjaman amatlah payah untuk diterima. Mak teman yang setia. Alhamdulillah, tahun in dapat beraya lagi dengan mak. Mak dah semakin uzur. Dah tak larat nak jalan jauh-jauh. Dah tak larat nak buat kerja berat-berat. Setiap doa-doa aku hanyalah meminta mak dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik.

---
“Jangan kamu marah jika orang lain tidak berubah sepertimana yang kamu kehendaki jika kamu sendiri tidak berubah seperti yang kamu kehendaki.”

‘Kekuatan’ dalam diri ialah apabila kita dapat melakukan sesuatu yang perlu dilakukan dan meninggalkan sesuatu yang tidak perlu dilakukan. Kita ingin kuat. Kuat dalam erti kata dapat menentukan arah hidup dan jalan hidup kita sendiri. Kuat untuk menghadapi rintangan dan akhirnya meraih kejayaan. Kuat untuk mengakui kesalahan dan memperbaikinya.


Pepatah Arab ada mengatakan, ‘Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya’. Jadi, apabila cinta itu sudah tersalah, maka tersalah jugalah manusia meletakkan sifat kehambaannya. Hidup beralih arah, daripada menghambakan diri kepada Allah kepada ‘menyembah’ hawa nafsu.
~~Gentarasa~~

---
Terkejut bila adik wish selamat hari raya sambil bersalaman dan cium tangan gue...waahhhhhh...rasa betul-betul macam 'kakak'.... satu feeling yang bahagia giler!

Wednesday, August 31, 2011

Thursday, August 25, 2011

#69 : Memberi

Best pulak lagu ni


Disisimu aku terdiam seribu bahasa

Memberi lebih baik dari menerima. Kadang-kadang bila kita tidak diberi kesempatan untuk menerima, bila dewasa, kita cenderung untuk mahu memberi sesuatu yang kita tak dapat rasa itu kepada orang lain.

Dia ada beberapa rasa & pengalaman yang dia tak dapat alami sepanjang hidup 30 tahun ni. Antaranya ialah rasa kasih sayang seorang ayah seperti orang lain. Dia selalu observe bos-bos dia bila mereka bersama dengan anak-anak dieorang. Kebanyakannya hati dia akan berkata "Ooowwhhh, macam tu ke layanan seorang ayah kepada anaknya", dan dia sering terbayangkan jika dia ditempat anak-anak mereka. Bila dia tak dapat peluang untuk merasai rasa itu, dia sangat berharap untuk menemui seorang ayah yang baik kepada bakal anak-anak dia kelak. Akan dia pastikan mereka mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya dari ayah mereka.

Dia juga tidak dapat merasai rasa menjadi seorang adik bongsu kesayangan walaupun ada kakak dan abang. Dia selalu tengok keluarga yang lain, perhubungan mereka sungguh rapat. Itu juga dia tiada. Bila meningkat dewasa, dia selalu membayangkan dia ada seorang kakak seperti lakonan Nanu dalam drama Sahara. Begitulah kasih sayang yang dia ingin rasai. Ketiadaan rasa itu membuatkan dia ingin menjadi seorang kakak yang dapat mencurahkan kasih sayang dia kepada seorang yang lain. Keinginannya untuk mempunyai adik angkat, tapi dia malu untuk menyatakannya. Siapalah dia. Jadi, dia akan sedaya upaya untuk memenuhi keinginan 'adik angkat' perempuannya itu walaupun pada dasarnya dieorang tak declare apa-apa pun. Cukuplah sekadar dia sahaja yang merasakan dirinya sebagai 'kakak angkat'dalam hati.

Kadang-kadang kita ditakdirkan untuk tidak menerima, supaya kelak kita faham dan tahu apa yang perlu diberi.

Kadang-kadang Tuhan telah aturkan kita tidak dapat merasai keindahan sesuatu perkara supaya kita tahu betapa berharganya keindahan itu.

Berombak mencari dataran yang damai

Sunday, August 14, 2011

#68 : Kenapa

1) Abang jual murtabak kat pasar ramadhan petang tadi tak adelah ensem pun, tapi entah kenapa aku suka tengok. Kenapa ye? Manis kot...tak jugak, tapi...sekali pandang, rasa macam nak pandang lagi sekali. Last sekali dia cakap terima kasih sambil tersenyum walaupun tangan tengah sibuk menguli kulit murtabak.

Abang, senyuman abang tu dah turun sampai ke hati saya, jadi, sebelum saya mintak no phone abang, abang ni dah kahwin ke, kalau belum, boleh mintak no phone tak? Saya nak berkenalan. Manalah tau, abanglah jodoh saya. Wahhhh...kalaulah boleh buat macam tu..kalaulah takde istilah perigi mencari timba...KALAU...

Kenapa samakan perigi dengan perempuan? Tak paham
Memanglah perigi tidak boleh mencari timba sebab perigi itu kedudukannya statik, tidak boleh dialih-alihkan, mana mungkin boleh mencari timba.

2) Aku sangat tak suka bila aku still duduk kat meja makan, tapi waiter-waiter tu dah sibuk angkat dan susun kerusi meja sebagai tanda nak bagi signal kedai dah nak tutup.
Tak adakah cara lain untuk memberitahu kepada pelanggan bahawasanya kedai kamu akan ditutup sebentar lagi. Cara itu agak kasar dan tak beradap bagi aku.

Tadi di Big Apple, pelayan disitu sibuk mengheret kerusi dan menyusun meja dikala ada 2-3 kumpulan lagi sedang bersembang di meja. Kerusi yang diheret menghasilkan bunyi yang agak tidak menyenangkan itu tampaknya sengaja dibuat sedangkan boleh je angkat dan susun. Sungguh tak cool. Kami tahu yang kedai kamu akan ditutup sebentar lagi tapi bukan itu caranya kamu memberitahu pelanggan.

Apa kata kamu pergi ke setiap meja bagitahu...encik, kami akan tutup kedai dalam masa 5 minit lagi. Apa salahnya. Orang pun paham.

Begitu juga di Secret Recipe, orang tengah duduk, dia dah start mop lantai. Apa kata korang pasang satu speaker & announce je la kedai nak tutup dalam masa 10 minit ke apa ke. Kan senang. Itupun nak kena ajar ke.

Thursday, August 11, 2011

#67 : kamu

apapun yang terjadi
ku kan selalu ada untukmu

janganlah kau bersedih
cause everything is gonna be ok

keberadaan kamu buatku bahagia
keramahan dan senyum kamu buatku terpesona
setiap tingkah kamu buatku terpana

kamu kamu oh kamu

Monday, August 8, 2011

#66 : Turning 3 series



Kalau kereta, ni BMW 3 series,
tapi kalau aku:

- the promise of a decade of loneliness,
- a thinning list of single men to know (ni paling xbest skali) hahhahaa...
- a thinning briefcase of enthusiasm,
- thinning hair

So, anybody yang celebrate their birthday same date with me, this song is for you...


don't count the years, just count the way...

Sunday, August 7, 2011

#65 : Keberkatan

Satu ketika, 5 tahun yang dulu, seorang wanita mulakan kerjayanya di sebuah syarikat swasta di ibukota. Gaji ok, tapi tak cukup untuk menampung kehendak dia dan cita-cita dia yang ingin memiliki banyak duit.

Kemudian, dia buat part time sama seperti apa pekerjaan dia di siang hari, tapi mengambil client-client syarikat di tempat dia bekerja. Dari segi bisnes, tiada masalah dengan cara itu, but it is unethical to do that way. Banyak juga yang dia terima. Disimpannya baik-baik dalam bank.

Tidak lama selepas itu, Tuhan datangkan kepadanya seorang hamba Allah. Nilaiannya, baik budi pekerti, luar dan dalam. Berkawan dan jadi rapat. Ditakdirkan hamba Allah tadi dalam kesusahan. Dia bantu dengan rela hati, mengharapkan hamba Allah tadi kembali kepada kehidupannya dahulu. Tapi, ditakdirkan lagi hamba Allah tersebut tidak berupaya untuk membayar kembali bantuan & pertolongan yang wanita itu berikan.

Maka, sedihlah wanita itu. Duit yang dikumpulkan hasil kerja part time dulu telah tiada. Dan ketika itulah wanita itu tersedar dengan kenyataan bahawasanya...

Tuhan itu Maha Adil. Rezeki yang tidak berkat akan hilang jua dari tangan kita secara langsung ataupun indirectly tanpa kita sedar. Bagaimana Tuhan mengambil semula duit yang tidak berkat itu dari wanita tersebut? Ya, melalui hamba Allah tadi. Jika rezeki itu bukan hak kita, makanan yang dah masuk dalam mulut pun boleh termuntah semula.

Tak kesahlah rezeki itu milik siapa, but the truth is, it's not yours. Hamba Allah tadi adalah satu penyebab atau perantaraan Tuhan untuk mengambil semula duit yang tidak berkat itu daripada kita. So, whatever we do, jalan kena lurus, cara kena betul..

Friday, August 5, 2011

#64 : missing piece

wait and see feed this patience on her mind
leave it there until he comes
cause someone’s out there she believes
has a missing piece of her heart

Tuesday, August 2, 2011

#63 : IF



until now, I still hope that one day you come back to me and say "I'm sorry, I've hurt you again, but now I've changed. I want one more chance to prove to you that I've changed"

#62 : Puasa

Tersentap bila dengar satu ustaz ni bagi ceramah di TV9. Katanya...
"Bila lagi kita nak berubah jika bukan dalam bulan Ramadhan.
11 bulan yang lain alasan kita ada syaitan menghasut.
Jadi, bila syaitan dah kena ikat, inilah masanya untuk kita berubah"

Katanya lagi...
"jika dalam bulan ini yang syaitan siap2 diikat pun kita masih melakukan kejahatan, maksiat & dosa, maknanya siapa yang syaitan sekarang ni?"

Dia ingin berubah. Dah bertahun lalai, leka dengan duniawi. Solat tak penuh. Kalau solat pun selalu nak cepat. Dah tak rasa ketenangan ketika mengadap Tuhan. Quran pun dah berhabuk.
Semoga diberikan kekuatan olehNya untuk kembali kepada landasan yang betul.

Sunday, July 31, 2011

#61 : Silence

are you really here
or am i dreaming
i can't tell dream from truth
for it's been so long
since i've seen you
i can't hardly remember your face anymore

when i get really lonely
and the distance causes only silence
i think of you smiling
with pride in your eyes
a lover that sigh

Friday, July 29, 2011

#60 : Smile

Cerita satu
your sms that morning made my day brighter
i am smiling, smiling and keeps smiling along the way
saya masih ada awak!

pesona indah didirimu, buatku mabuk kepayang


Cerita dua
rasa bersalah bila dah mula ada iri dalam hati
rasa gundah bila dengki menguasai
tak bagus untuk kesihatan rohani

kerja seharian jadi tak ikhlas dan berkira
kenapa dia senang-senang selalu buang masa
dan senang pula diberi apa permintaannya
sedangkan aku sentiasa susah tak kira masa
dan susah juga untuk dapat ganjarannya

sedang cuba untuk redha
rezeki ditangan Tuhan
Dia Maha Adil

apa nak difikirkan sangat, semuanya bakal dia yang punya.
apa nak pelik, semua orang pun begitu jika berada dalam situasi yang sama.

Friday, July 22, 2011

entry #59 : Sedikit Sedih



langit cintaku
memayungimu
agar kau sejahtera
walau dimana....


Puitis btul lirik lagu ni. Best

Tak lama lagi
Awak dah nak pergi jauh
Saya sedih

Tuesday, July 19, 2011

entry #58 : Lepaking

Lepak dengan kawan
Sambil makan dan minum
Makanan tak sedap perkara kedua
Harga mahal perkara ketiga
Yang paling utama adalah keberadaan mereka pada ketika itu
Untuk menemanimu di saat jiwa yang kacau

Sunday, July 17, 2011

Pianist



bestnya if pandai main piano macam dia ni.
dulu masa kecik-kecik berangan, tapi taknak ambil kelas piano.
berangan lama dah, tapi tak take action.
bila besar ni tangan pun dah keras.

bila tengok dia main, aku focus kat jari-jari dia.
suatu hari nanti.
yes, one day I want to be a pianist.
boleh cipta lagu sekali.

Sunday, July 10, 2011

Bukan itu...

Apsal lagu ni best sgt...


Ye...lagu dulu baru entry. Entry dibawah tiada kena mengena dengan lagu diatas.

Aku dah dapat mengenalpasti apa dah jadi.
Aku sebenarnya bukanlah seperti yang aku sangkakan.
Ya...bukan itu.

Sebenarnya...
Rasa itu cuma rasa ingin menyayangi seseorang
Memberi kasih sayang kepada seseorang yang lain
Mungkin sebagai adik ataupun teman rapat
Ya...begitu sebenarnya
Tak lebih dari itu

Dan yang pasti
Dia bukan orangnya
Aku tak pandai untuk merapatkan diri
Unless dia yang mulakan dulu

Aku sedang cuba
Mendampingi dia
Memberi apa dia perlukan
Memenuhi setiap kemahuan dia

Lega..kerana aku bukan begitu.

Wednesday, July 6, 2011

A 'friend'

09.00 am

U looked tired
U looked upset and
U looked sad
From the beginning
I know you need a friend

I'll trace a hand to wipe out your tears
I can offer what you need
I can offer what you cannot buy
Devoted 'love' until we die

14.30 pm

Terima kasih sebab libatkan saya dalam masalah awak
Saya tak kesah sebab...dot dot dot
I do hope I become the only person you trust
The only person who paint the sun to warm your heart
Forever and ever
Just say it
Just name it
I'll be there for you
Only for you my dear 'friend'



tapi itu hanyalah kepalsuan
tersingkir aku di dalam khayalan

Sesungguhnya tiada jalan teduh untuk bersama

Sunday, July 3, 2011

Biar Rindu Berlalu

Terlepas 6 episod. Nasib baik dapat cari online malam tadi.
Samirah (Nanu Baharudin) dan Khalil (Mahmud Ali Bashah). Sesuai.
Cinta janda dan duda yang tidak direstui anak masing-masing.

Cinta yang matang
Bukan hanya sekadar i love u dan sayang

Sekali lagi
"cinta hanya untuk orang muda, orang tua macam mereka cukup dengan perasaan hormat-menghormati"

Aku suka
Yeah...I am getting older...

Terpaksa tengok sebab Nanu berlakon.

Best lagu ni, catchy

Saturday, July 2, 2011

ye laaa...:(

siapa lah saya nak jadi kawan baik awak
otak kita tak sama
kehendak kita berbeza
umur awak muda, tapi saya pula dah tua
awak tanya saya jawab
saya tanya awak pulak jawab
boring

Boringkan kawan dengan saya ni??

saya nak ajak awak keluar
sebab saya nak sangat keluar dengan awak
tapi saya seganla awak
sebab saya takut awak boring dengan saya

Saya memanglah seorang yang memboringkan

sekarang awak ada masalah
saya turut bersimpati
saya ingin menolong
tapi siapalah saya pada awak
nanti saya dikatakan menyibuk pulak

biarlah saya hanya lihat awak dari jauh

Lagi lagu best yang tak famous..

Sunday, June 26, 2011

Instrumental Song

Hari ahad yang boring
Search official videoclip Beribu Sesalan
Terjumpa video Hazman Halid
He played that song by piano
And other songs too
Sedetik Lebih..Sealed With The Kiss, Ti Amero & many more...

Listen to his song lead me to his BLOG

Spend my Sunday afternoon with listening to songs played by him
Here it goes....Beribu Sesalan

Thursday, June 23, 2011

Sesalan?

Best lagu ni.
Soundtrack drama Annissa.
Puitis liriknya.



ku mencari hembus bayu
yang selalu berbisik madah rindu
kini membisu dalam sayu
tidak kutemu suaramu

Tuesday, June 21, 2011

Moody

Satu
Rasa rindu bila dah lama tak jumpa kakak.
Kakak, hope you are fine.
Kakak, kakak akan sentiasa berada dalam ingatan saya.

Dua
Kadang-kadang terasa ingin menjaga seorang anak angkat.
Jika kasih sayangku ini bukan untuk seorang lelaki,
aku rela curahkan kepada yang berhak.

Tiga
Tak kisah bukan beerti tak perlu
Tak perlu bukan beerti tak mahu
Aku mahu, aku perlu,
Tapi apalah dayaku.

Terlupa yang lagu ni best
Lagu best yang tak famous...



Seharusnya kau tahu,
Takkan semudah itu,
Bila memang kau tulus mencintaiku.

Sunday, June 12, 2011

Kisah Ahad

Satu...
Jalan-jalan tengok wayang dihari ahad yang indah, terpandangkan seseorang yang menarik. Agak-agak kalau tengok dia lama-lama, lebih menarik daripada tengok wayang!! Lepas ni kena selalu pegi beli popcorn..

Dua...
Sometimes, you learn a lesson in your silence in knowing that you don't always have to make it known that you are right

Tiga...
Ada masa untuk bersosial, kenapa tak ambil peluang untuk saling mengenali?
- Entah. Tak berminat nak berborak. Tak berminat nak buat-buat ramah, buat-buat ayu, buat-buat baik...only for the sake nak dapatkan attention & menaruh harapan orang tu minat kat aku? Ahhh tidak... Dah malas nak mulakan proses perkenalan. Penat. At last tak jadi jugak. Biarlah seseorang tu minat kat aku tanpa perlu aku buat apa-apa. Ada ke?

Monday, June 6, 2011

silam..part 2

waktu itu,
cintanya aku pada dia
rindunya aku bila tidak bersua
sayangnya aku akan dirinya

mungkin,
penangan cinta kali pertama
tiada yang lain hanya dia

indahnya,
cinta aku dan dia
rasa bila berdua
hidup bersama selamanya

arrgghhhh..rasa yang telah lama tiada
hampa


Thursday, June 2, 2011

kosong

bila kamu tiada
bila mereka tertawa
bila kita terleka

dalam rasa yang tiada.

lagu Richard Marx versi Laura Pausini


no one..... as my heart slowly dies

Saturday, May 28, 2011

silam

pernah dulu kita berdua
pernah dulu kita bercinta
pernah dulu kita setia

kini kita entah kemana
kini kita berpisah jua
kini kita sepi sengsara

andai kita ada jodoh bersama
andai kita masih ada rasa
andai kita punya peluang kedua

Takdir-Nya begitu untuk kita

Lama tak dengar lagu nie...

Tuesday, May 24, 2011

... # 4

- if the best of me is still not the best for you, then maybe now is the time for me to back off

- kakak: adik, akak masak tengah hari ni, adik balik makan ye
adik: ok kak!!

- sometimes, the best decision that we made today may not be the right decision in future



kerna hanya dirimu....

Saturday, May 21, 2011

... # 3

anganan dan khayalan
tambah perisa dalam kehidupan

hiduplah dalam alam khayalan
kalau dunia realiti tak memberikan kebahagiaan

... # 2

ku bertemu sang adam di simpang hidupku
mungkin akan ada cerita cinta
mungkin

it's killing me when you are not around!!

hahhhh....chaotic and ridiculous

Wednesday, May 18, 2011

...

everything you do
every word you said
have make my day brighter
have make my heart so blissful
I am happy to 'have' you... even though for a moment


Sunday, May 8, 2011

hari ahad yang sia-sia

sebab?
- terlalu banyak menghabiskan masa dengan menutup mata
- kepala jadi pening, mood jadi kurang baik
- cuaca pula panas
- sepanas hati aku yang dapat satu cerita yang menyakitkan hati
- i don't care whatever he did but i do care the way she told everybody about it
- she shouldn't have said that she is happy for him after what he did for so long
- actually, I don't want to hear his name again
- it is like perkara yang menyakitkan hati all these years terbayang2 depan mata
- sebab tu kalau suami isteri bergaduh or bertengkar, jgn depan anak2
- sebab anak2 ni ada memory yang boleh record all those things
- hooraayyy sbb esok kerja...
- may God gives u strength to get over it...Selamat Hari IBU...I love u Mak!

Meh layan oldies lagi...

Thursday, May 5, 2011

tak faham?

- Arrgggghhhhh...tiba-tiba jadi tak faham pulak citer nie...aduh.....benci btul!

- But, anyway, it is so breathtaking and amazing when looking at your smile :).


Can't close my eyes when I'm with you, Insatiable, they way I'm loving you
~~Darren Hayes - Insatiable~~

Wednesday, May 4, 2011

Susah

Banyak betul dugaan kalau kita nak ikut jalan yang lurus ni. Kadang-kadang ada je lubang kat tengah-tengah jalan yang membuatkan kita perlu mengelak dan terus tersasar dari jalan tu.

Tak boleh ke dalam satu drama tak ada orang jahat? Mesti nak kena ada satu watak yang menyusahkan hati. Kita nak tengok watak yang kita suka tu bahagia, ni ada pulak tukang kacau. Kesian Sahara.

Dalam banyak-banyak situasi yang aku lalui di pejabat, tindakan yang paling baik adalah DIAM. Bila kita ni bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, lebih baik kita diam daripada kita bercakap sedangkan orang yang mendengar tak paham apa maksud kita. Iye, percayalah! Once kita buka mulut, kita kena pastikan orang yang mendengar faham apa point kita. Kalau tak, bak kata pepatah 'sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa'.

Layan lagu wedding lagi laa....Darla Day - Love of My Life

Saturday, April 30, 2011

Serius letih

Letih bila kena jaga hati sambil bercakap

Letih bila kena berfikir benda-benda yang menambahkan kesesakan kepala otak yang telah sedia berserabut

Letih bila kena berfikir soal kerja bila berada kat rumah

Letih bila kena jaga dua hati sedangkan kita tersepit kat tengah-tengah

Letih bila kena menjawab balik sebab apa cakap macam tu dan kenapa buat macam ni

Letih bila asyik kena jaga hati orang

Lebih letih dari berlari 8 km hari-hari....



If I told you that I realized you're all I ever wanted
And it's killing me to be so far away

Friday, April 29, 2011

Faham

1) Dah faham cerita. Kesian dia. No one seems to understand. "If I can take away all your pain, I would..."

2) Tak mencari...mahupun tercari-cari...apatah lagi dicari. Sunyi

Wednesday, April 27, 2011

Tak setujuu..:(

Alahaiii...Helmi mati pulakk...spoil my mood betullahh...

Friday, April 22, 2011

Setujuuu....

"Cinta milik orang muda, orang tua macam Sahara ni cukup sekadar perasaan kasih sayang dan rasa hormat"

Ya. Itu lebih sesuai. Dan aku setuju.

Saturday, April 16, 2011

Positive but Pretending

Terlalu banyak mem'positif'kan keadaan-keadaan yang negatif. Selalu memaksa hati dan minda untuk berfikir 'ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku'. Hingga aku jadi seperti hidup dalam kepura-puraan all this while.

It really helps...some time ago, but when 'some time ago' is your past 10 years and its seem that nothing is change, you will end up questioning why this and why that.

Where am I going with my life?
- hari-hari kerja, bangun tido fikir kerja apa yang nak siapkan hari ni. Bila nak tido fikir banyaknya keje belum siap lagi. Tiada yang lain selain kerja.

Why no one really understands?
- orang sekeliling asyik bertanya itu dan ini. Macam 'har'. Do they know that everyone has different destiny of life? Just because they're not on your road doesn't mean they've gotten lost.

Why they keep asking why I do this and that?
- agak letih dan kusut bila nak menjawab soalan yang pelik-pelik.

Who will take care of me when I'm old?
- soalan yang selalu mengetuk minda masa tengah tunggu turn nak ambil ubat mak kat hospital. Sebab tu kena kawin awal, ada anak. Then anak boleh jaga bila tua. Takpe, boleh ambil anak angkat. Tapi prosedur nak ambil adopted child ni nampak agak complicated. Susah untuk golongan yang belum berkahwin nak dapatkan kelulusan.

Until when aku kena tanamkan dalam kepala hotak aku bahawasanya "setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya" or "masing-masing ada jalan hidup sendiri"..?
- seriously letih. Dari dulu sampai sekarang, itulah ayat yang menguatkan semangat aku untuk mencari kebahagiaan yang aku sendiri pun tak pasti aku dah kecapi ataupun belum.
- my BFF pernah post dlm fb nya "jangan ukur bahagia tu dgn hidup org lain,mmg takkan puas hati..". Yes, it's true, but sometimes we can't escape from ukur baju dibadan orang lain.

Inilah hasil daripada 'rasa' dan 'perasaan' yang mengusutkan jiwa dan raga.

Layan lagu wedding laa...cer dengor, cer dengor..



So there I was, trying to make it on my own
A lonely soul I thought I could have changed the whole world
For all my life been searching always trying to find
Someone like you to love me until the end of time


"Kebahagiaan yang hakiki ialah dengan mencintai Dia"

Cinta

" Sering kita terlalai, mengejar apa yang belum pasti, hingga kita lupa meraikan satu-satunya perkara yang menjanjikan kebahagiaan....CINTA " ~Dyan~



.......aku tetap diam.

Tuesday, April 12, 2011

Kusut

Ramai orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Ramailah orang karam dilaut
Saya seorang karam dihati


Petikan dari lagu Imran Ajmain -Ghaib-

Kadang-kadang kita tak boleh ikut sangat perasaan kita. Sebab selalunya perasaan kita ni didasari oleh hasutan-hasutan syaitan. Kalau kita tengok sesetengah manusia boleh membunuh bila rasa marah, boleh merogol bila rasa ghairah, boleh memukul bila rasa geram, boleh bunuh diri bila rasa putus asa. Semuanya kerana mengikut 'rasa' atau 'perasaan' yang difikirkan betul ketika itu tanpa didasari oleh pegangan agama. Bagi kita yang ada pegangan agama, kita kena jaga & berhati-hati dengan setiap apa yang kita rasa, bimbang terpesong dari arah tujuan yang sebenar.

Hari ini dan semalam, aku telah mengalami sedikit gangguan jiwa dan minda, dimana apa yang aku fikirkan itu agak terpesong dari landasan yang betul. It's hard to focus when that kind of 'thing' is inside your mind. Kusut sekali. Jika dilayan, mungkin makin teruk. Tapi syukur aku masih boleh berfikir dengan waras & sedikit pegangan agama yang nipis ini memberi kesedaran untuk melawan 'perasaan' itu.

Entah, sejak kebelakangan ni aku rasa aku lain dari orang normal yang lain. Mmmmm...mungkin dalam diri aku memang dah lain dari dulu, tapi baru sekarang aku identify. Tapi takpelah, aku berjaya mengawal apa yang tidak sepatutnya berlaku.

Alahai...kenapalah lagu Rossa ni best2...sadis..



~~ Telah ku padamkan api itu & telah aku akhiri segalanya ~~

Sunday, April 10, 2011

Sahara

Story tentang Sahara & Tina. Quite ok jugakla story ni. Nanu as Sahara mmg xpernah mengecewakan. Sama mcm dia berlakon dalam Haq. Aku suka tgk dia berlakon. Cantik. Yg aku nak story bukan tentang Nanu, tapi pasal situasi ketika dia melawat umah anak2 yatim. Budak2 tu serbu dia panggil 'mama'. Bila aku tgk, rasa mcm something. Let me try utk perhalusi apa sebenarnya rasa itu.

Agak2 if kita curahkan kasih sayang pada budak2 tu, & budak2 balas balik dengan menyayangi kita, mesti best kan. Mesti rasa puas dan seronok. Tetiba rasa teringin nak bina umah anak yatim & berikan dieorg kemewahan dan kasih sayang.

But why tetiba aku rasa that way? Adakah hati aku dah bersedia untuk ada anak? owhhh no...tidak, belum lagi uollsss....Mungkin sbb Nanu yang berlakon kottt...if org lain yg berlakon aku rasa aku tak tersentuh pun dengan scene tu.

Lagu dalam citer Haq. One word to describe...~Cantik~

Wednesday, April 6, 2011

Nota Disiku & The Laws of Attraction

Last two weeks aku baca post di blog Nota Siku. Post tentang "Bercakap Soal Jodoh". Aku summarizekan mcm ni. Kalau kita nk cari jodoh, of course la kna cari pasangan. Tapi apa yang lebih penting bukan cari pasangan, tp kita perlu lengkapkan diri kita utk menjadi pasangan yang terbaik, lalu Allah akan bukakan jalan untuk kita bertemu dengan pasangan kita. Maknanya, kita kena penuhkan ilmu didada tentang agama, tentang kekeluargaan, tentang perkahwinan, disamping berdoa & bertawakal semoga diketemukan jodoh yang terbaik. OK...itu satu.

Last two weeks jugak my bos shared something dgn aku masa dia attend satu course. Coach dlm course dia tu story tentang The Laws of Attraction. Aku summarizekan dgn bg cth mcm ni. Kalau kita berkeinginan nk beli kereta, perkara pertama yang kita selalu fikir akan buat ialah g usha kete apa nk beli. Tapi dlm Laws tu, first thing yg kita perlu buat ialah sediakan parking lot utk kereta yg bakal kita beli. Bunyi mcm pelik. Tapi itulah konsep Laws of Attraction.

When we focus on "having less" then we create that experience for ourselves. When we focus on "I hate my job" then we will never notice the aspects of our employment that might be satisfying. Basically, just wanting something isn't going to bring that to us when we continue to obsess on the not having of that something. All we will experience is "not having" and will be ultimately blocking our true desires, or in other words "like attracts like”, that positive and negative thinking bring about positive and negative physical results, respectively.

Maknanya, kita kna +ve thinking sbb ia mempengaruhi minda kita utk menuju kearah apa yang kita mahu. Kita berbalik kepada cth beli kereta tadi. Kita sedar kita xcukup duit lg nk beli kereta, tp as long as kita yakin suatu hari nnti kita pasti akan ada kereta, InsyaAllah Tuhan akan bukakan jalan untuk kita kumpul duit.

We go to cth no.2 tentang kawin. Jika orang bujang berkeinginan nk kawin, first thing dia kna buat ialah berpindah ke rumah lain, as long as xduduk ngn family. Then bila nak beli katil, beli terus katil queen/king size. Kihkihkih...kelako.

Apa yang aku nk explain kat sini ialah aku a little bit surprise that apa yg aku baca di blog tu sama konsepnya dengan apa yg bos aku shared tu. Mmmmm...buatkan aku selalu berfikir....that's why la aku belum ketemu jodohnya...

Ya betul, aku belum mempersiapkan diri aku kearah "itu". Solat pun xcukup 5 waktu, dh guane..?

Fikir...fikir...dan usaha jadi baik !!



~~Oldies forever~~

Tuesday, March 8, 2011

Pengorbanan

Setiap kelebihan yang kita dapat dalam dunia ini sebenarnya dibayar dengan sebuah pengorbanan. Sama ada sedar atau tidak.

Tak ada orang yang boleh dapat kesemuanya sekaligus. Pasti ada yang jadi kurang bila sesuatu yang lain jadi lebih.

Kenapa sesetengah orang suka berkawan dengan orang yang tidak boleh membawa mereka ke jalan yang betul?

Kenapa sesetengah orang tidak suka berkawan dengan orang yang boleh membentuk diri mereka ke arah yang lebih baik?

Manusia suka kepada keseronokan. Biasanya perkara-perkara seperti mengumpat rakan sepejabat lebih disukai daripada perkara-perkara yang menjurus kepada pemikiran/pemerhatian kenapa sesuatu keadaan itu terjadi.

Bila usia semakin matang, pemikiran kita akan jadi lebih fokus & lebih menjurus kearah untuk memperbaiki diri sendiri.

Dulu, masa kita muda remaja, kita tidak suka mendengar teguran atau leteran rakan yang lebih berusia. Tetapi sekarang, bila kita sendiri berada ditempat mereka, barulah kita sedar bahawa segala teguran/nasihat mereka sebenarnya adalah untuk membentuk diri kita sama ada dari segi luaran mahupun dalaman.

Bila tiba diusia begini, apa yang kita ingin lakukan hanyalah cuba untuk membentuk rakan-rakan sepejabat yang masih lagi dibuai keseronokan & seolah lupa diri. Bila ditegur, melenting. Bidasnya itu hak mereka.

Terasa bersalah kepada seseorang kerana tersalah anggap akan dirinya. Maaf dipinta.

Hilang kawan adalah pengorbanan yang aku bayar untuk maju kedepan.

Lebih baik menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan daripada mencari dosa mengumpat & mengeluh kenapa itu dan kenapa ini.

Semoga langkah aku untuk mencari pahala dipermudahkan-Nya.



"ku lebih senang diam begini...menentang badai dalam diri..."

Sedap sungguh suara dia nih...

Friday, February 25, 2011

so how?

You looked upset
Perhaps you already have someone who can soothe your soul
But if it doesn't, I just want you to know that I'll be there to make you smile
Whenever....wherever....you need me by your side

I know people will lining-up for you anytime
But I am the one who you can always count on

For good times, and bad times
I'll be on your side forevermore
That's what 'friends' are for

Just tell me you need me
I'll be the one to 'love' you, forevermore....

Biasa-biasa atau terbaik

Susah sebenarnya jadi Yang Terbaik
Tapi orang biasa-biasa perlu cuba untuk jadi Yang Terbaik
Supaya hidup jadi lebih baik

Sebenarnya Yang Terbaik bebannya berat
Memikul impian supaya jadi Yang Terhebat

Orang nampak jadi Yang Terbaik sangat best
Tapi orang tak nampak Yang Terbaik tanggungjawabnya besar
Memikul harapan supaya boleh terbang lagi tinggi di atas awan

Kehebatan yang dimiliki basisnya perlukan pengorbanan
Pengorbanan yang orang biasa-biasa tidak tahu
Terbaik disana, tapi gagal disini
Tidak mungkin semuanya jadi milik sendiri

Harapan makin menggunung
Tanggungjawab semakin berat
Semoga Yang Terbaik tidak sesat dalam mencari kehebatannya kelak

Yang biasa-biasa atau yang terbaik lebih baik???

Oohhh bulan ditutup awannn...
Terkenang hati bertambah rawannnn...

Thursday, February 17, 2011

Happy

For the time being, I am happy to have you in my life....
Saya bahagia hanya dengan melihat awak.




ahakkksss...gilos..!

Monday, February 14, 2011

suka suka dan suka

Saya suka kat awak
Saya gembira bila jumpa awak

Hati saya keluar rama-rama bila tengok awak senyum
Fikiran saya keluar awan banyak-banyak bila dengar awak ketawa

Saya tak boleh macam ni
Tapi saya nak buat macam mana
Sebab pesona awak memikat hati saya

...ahakksss....

Thursday, February 10, 2011

Jangan Ganggu Kerja Saya

Awak memang nak tunjuk bagus
Awak memang suka pretended to be innocent
Pretended to be honest in each of your words

Awak memang begitu sejak dari dulu...

I certainly have no problem because the truth will ultimately prevail

YES !!....you have LOST yesterday!

YES !!....I WON yesterday!
I won because I just do my job
I won without having to say a word
I don't like to condemn just to show that I am good
I don't have to show that I am good because I was good

Hahahahaa..
YES...YOU LOSE & I WIN

Nahhh..rasakan....

Tuesday, February 8, 2011

Addicted

Mode #1
Almost lost guidelines watching Grey's Anatomy. Wondered at the effect of tv shows in the children's lives today. An adult was almost caught up and affected, what about those who are young teenagers. Everything is misleading in the absence of strong religious beliefs. How to get rid of that feeling. Feels like to try, but no, I can't...it's in my head, all over my head. Arrrghhhh....

Oh God, strengthen my faith to cope with these allegations, and blot out the feeling so that I did not get lost.

Arrrghhhhhhh.....I've to do somethin...

Lagu best



End of the day is years away
I close my eyes to see your face
The more I wait the longer it takes
It feels like time is standing still
Wherever you go whatever you do
I want you to know that you're on my mind



I fell in love with......
I'm lost...Lost in a fantasy...
Thinking of you....always....