Tuesday, November 13, 2012

#92 : They're moving on

yeahhhh..
they hv let go on each other
good for both of them
they have no future together
fitz could concentrate loving back his pregnant wife
and liv..she might consider to revive the relationship with her ex-fiance..edison

Liv asked Fitz to let her go...


Fitz finally letting her go..


tp gua rasa lagi 1-2 episode mesti dieorg ni back together, mana boleh hero ngn heroin berpisah tgh2 season
it is so wrong to love someone's husband...but fitz had been living in a dead marriage whattt..okla tu
lagipun story ni fiction je, mestila kita suka tgk hero ngan heroin happy together..
************************************************************
bila gua kaji jenis2 drama/story yg gua suka tgk
gua dpt buat kesimpulan yg gua suka tgk spesis cerita yg ada unsur2 dibawah:
- couple kna matang, xmau budak2 & adik2 punya type
- cinta kna dr dlm hati, boleh nmpk dr lakonan dieorg
- cinta kna terhalang, reason terhalang tu kna best
- bila dh terhalang, both sides kna tunjukkan kesungguhan utk hidup bersama
- bila dh terhalang, tang feeling tu dieorg tak boleh nak tunjuk sgt, cukup dgn renungan mata & body gesture

- w/pun dieorg tak say i love u or i miss u, tp kita dpt rasa yg dieorg sedang merindui antara satu sama lain
- kat situ laaa nnti boleh rasa kesakitan loving someone who u cant be with..

cth cite2 yg ada unsur diatas mcm cite Scandal ni, kalo cite melayu Gelora di hati sara, Sahara, ada lagi 1 cite kat tv1, lupa dah gua apa tajuk..
i can feel it!!
*********
minggu ni 3 hr keje, 2 hr cuti..selang2 pulak tu
letih la mcm ni
biasanya hari isnin je kna amik mood
ni kna hari2 amik mood
mood ni kalo dtg segera tepat2 8.30 pagi takpe
kalo mood dtg lmbt, dh rugi je masa
****************************************
1-2 minggu baru ni ada la sorang dua kwn gua kawin
gua tak pegi pun majlisnya
sebab gua mmg tak suka pegi majlis2 keramaian yang sudah tentunya ramai org
gua juga tak suka nak serah diri untuk gua merasakan kejelesan terhadap pengantin2 itteewww
mak gua selalu sound gua diatas kemalasan gua pegi kenduri kawin
nnti masa gua kawin takde org nk dtg (terngiang2 suara mak gua takutkan gua)
alaaa...takpe, nnti kita kawin buat kat masjid je akad nikah
kenduri buat kecil-kecilan aje jemput saudara mara jiran tetangga, dah ler
tak membazir..tak gitu Tuan Bendahari?
******************************
boring arrgghhh
dah la tak de org yg usha gua
orang yang gua nak usha pun xde
boring btul
kalo ada calon2 yg berpotensi utk diusha oleh gua, seronot skit...
hari2 boleh tgk dia
tgk dia pkai baju apa, tgk dia senyum
tgk dia ketawa..(gatal tak gua)...hahahahahahhaa
lumrah manusia, suka kepada sesuatu yang menarik perhatian dan indah mata memandang
***********************************************************************
dgr lagu satu..



Saturday, October 6, 2012

#91 : I Hate You...I Hate You Too




Scandal season 2... gua telah addicted to this series
hati gua cair tiap2 kali tgk Fitz & Liv
boleh rasa chemistry dieorg seyyy..w/pun dieorg just on the phone
dan hidup gua kembali tak tenang sbb menunggu setiap hr jumaat utk download
grey's jatuh no.2, private practice jatuh no.3

ok...tutup kes Scandal.
Gua nk story plk psl kehidupan..kehidupan berumahtangga...w/pun gua blm mempunyai rumah & tangga
gua sebenarnya dikejutkan dengan berita beberapa pasangan suami isteri yg bercerai pada usia tua...
pasangan2 ni sebenarnya berada dekat dengan lingkungan kehidupan gua
bila suami isteri tu kawen dah lama, smpai ke tua, kita ingat dieorang bahagia
tapi tup tup bercerai
mmmm...perkahwinan ni memerlukan skill yg tinggi...skill perkongsian hidup
alangkan kita duduk sebilik sesama perempuan pun kadang2 boleh gaduh, boleh masam muka
inikan pula nak duduk serumah bersama makhluk Tuhan yang berlainan jantina
kadang-kadang ada juga terasa ingin tahu, apa sebenarnya masalah dieorg
byk membuatkan gua berfikir
perkahwinan ni, once you're in, you have to fight for it

ok...tutup story psl perkahwinan
Gua nk story psl hidup gua plk
kdg2 gua sunyi duduk dlm rumah ni
gua ada berfikir (fikir lagi)
hubungan kami adik beradik jadi tak rapat sebab tak tinggal serumah kot
dah la dulu masa study, semua study jauh2, then keje pun jauh
jumpa pun jarang, setahun maybe 2-3 kali
mmm...gua ada membayangkan
kalau kitaorg semua duk serumah...di rumah ini...sejak dari dulu
mesti tiap2 mlm kitaorg akan lepak depan tv, sembang2, gosip2
mesti hujung minggu kitaorg gilir2 memasak
dan semestinya kitaorg akan jadi lebih mesra
mmmmm....

ok..tutup story psl hidup gua
Gua nk story plk psl.....
dah...xde citer dh kot

Gua nk nonton 80kali lagi miniepisod Scandal ni
i hate you...i hate you too
episod 2 lagi best...just let me go
aarrrgghhhh...menusuk kalbu lakonan dieorg ni..acewahhh..

oktata..

Sunday, August 26, 2012

#90 : Romantik youuu

ni post kedua utk lagu My Valentine - Piano by Jim Brickman, Vocal by Martina Mcbride.
knp gua suka lagu ni? sbb liriknya romantik & musicnya boleh dimainkan dgn piano.
sesuai sgt utk couple2 yg tengah sakan bercinta



and even if the sun refused to shine
even if romance ran out of rhyme
you would still have my heart
until the end of time
you are all i need
my love..my valentine.... konon... tangan dibahu, mata ke atas...

ok cauu


Saturday, August 4, 2012

#89 : Ingin Tahu

tidak sukar untuk ku membaca hatimu
bila mata lebih lantang bersuara
apa ku percaya dedaun mekar di pepohon
rupanya gugur di musim luruh
dalam diam cinta telah mengubah hati
dalam diam persimpangan menanti
bila berdampingan jalinan mesra tiada lagi
tiada sinar kasih menyinari
mungkin dirimu dah ada pengganti
yang mengukir senyuman hatimu dah dicuri
mungkin juga diriku sudah menyusahkan
tidak sempurna lagi apa itukah dihati
demi kasih kita katakan lah sayang
hanya awan mendung yang kan menanti kita
tak guna berpura jika hati tawar
demi kasih kita ikhlaslah padaku
masihkah punya ruang disudut hatimu
atau dah tertutup pintu dihatimu
katakan ku ingin tahu
ingin tahu kerna masih sayangkanmu
daku faham bibir enggan berbicara
mungkin tak sanggup lihat ku kecewa
setelah sekian lama
impian dibina bersama
namun takdir punya kisah berbeza...
takku bayang pedih rasa dihati
tak pernah ku alami tak bisa diubati
tanpamu disisiku bagai hilang punca
kuhilang segalanya hanya kau saja kucinta

~~ lirik lagu ni sungguh cool
pempuan ni tak meroyan sgt bila kekasih dia berubah hati..rilek jer...



Saturday, June 2, 2012

#88 : Andai?



malam....tiada purnama
fajar....tiada kejora

Wednesday, May 2, 2012

#87 : Tentang Rasa

Astrid - Tentang Rasa


lagu ni gua dgr masa tgk citer cerekarama-Menara Cinta, lakonan abg fahrin (eceh cehhh) ngn Fasha Sanda.
gua ingat malas nak tgk sbb ada fasha, tp tetiba terdengar lagu ni terus tgk smpai habis.

sebut pasal fasha sanda ni, walaupun gua tak suka dia, gua happy bila tgk dia dapat kawen dgn jejai.
sebab....sebab gua rasa cinta antara mereka begitu kukuh.
semoga mereka berbahagia hingga akhir hayat.
kepada nora danish pula, gua harap lu rilek, xperlu rasa geram ataupun marah sbb musuh lu dpt kwen ngn ex-husband lu.
sebab...sebab gua rasa lu deserve dpt yg lebih baik dr jejai...redha lebih baik dr sakit hati...hidup lu pun tenang.

oketata...

Tuesday, May 1, 2012

#86 : nilai satu panggilan telefon

kawan lama a.k.a ex-ofismet a.k.a saudara jauh
gua rindu saat bersama dengan dia, berbual, bergelak ketawa
dah lama tak rasa seronok mcm tu
oleh kerana sedikit konflik ditempat kerja, gua undur diri
diingatan gua, dia mungkin dah tak sehaluan

kami boleh diibaratkan pesaing terhebat
sama-sama punya kelebihan, tapi dia lebih menyerlah
jadi gua xsuka nak bermasam muka, gua cau
diingatan gua, mungkin dia rasa bukan salah dia

gua selalu teringat akan dia
gua selalu rasa nak call dia
berbual, bersembang, ketawa bersama
kami ada same thoughts tentang byk perkara
tapi gua bimbang dia dah tak suka
jadi gua hanya diamkan diri
mengintai dia dari jauh

tapi petang semlm
ada panggilan telefon dari dia, gua excited
berbincang tentang satu perkara
berjam lamanya
sebenarnya dia tak apa-apa
mungkin anggapan dan perasaan gua sahaja yang bukan-bukan

gua gembira dia sedang bahagia
tapi gua juga sedikit risau, tinggal gua seorang yg single
terima kasih kwnku
panggilanmu menggembirakan hariku

Sunday, April 29, 2012

#85 : Best giler lagu ni



boleh karok lagu ni nnti

Sunday, April 15, 2012

#84 : Dunia luar yang dah semakin tak 'in' dengan gua...

Setelah berabad lama tak g tgk wyg..last week gua kuar tgk citer Mirror-Mirror kat Megamall
Mmmm...mcm biasa ramai orang. Budak-budak muda, budak2 sekolah, couple2
Pakai baju pelik2, pakai tudung bermcm fesyen, pegang tangan peluk2 sana sini
Waaaaa, tetiba jadi terus nak balik rumah
Sesungguhnya gua rasa...adoiii, bestnya if sekrg dpt duk rumah, baring2 atas sofa tgk TV

Setelah berabad lama juga tak g TC, gua ronda kat sana sambil2 beli McD
Rmai juga manusia
Jalan-jalan, duduk2, lepak2....
Mmmmm...

Mungkin gua dah cukup tua nak g jln2, ronda2 kat shopping complex
Mungkin gua dah xde kawan nak teman gua utk lepak2
Mungkin gua lebih suka duduk umah diam2, ngadap laptop

Gua rasa mcm gua dah xleh 'msuk' dgn apa yang berlaku di luar sana
Gua nak tgk movie, boleh download je, lagi boleh tgk latest movie yang blm kuar kat wyg
Gua nak beli baju, boleh beli online je, nak beli makanan pun boleh
Lately gua kuar pun utk g keje, beli barang, thats it.
Cepatnya dunia berubah


sedih lagu ni

Sunday, March 4, 2012

#83 : pelik kan

Pelik kan
bila dulu kita suka sangat tengok seseorang tu....sampai jatuh cinta
lepas tu kita membayangkan diri kita hidup dengan dia
ahhhh bahagianya

Tapi
bila waktu tu dah lama berlalu
kita mula fikir-fikir semula
rasa macam bodohnya kita waktu itu
dengan orang macam tu pun kita boleh jatuh cinta
entah apa la yang kita pandang pada orang tu pada waktu itu
entah apa la yang istimewanya
sampai kadang-kadang kita sendiri rasa pelik
apa yang kita fikir ye waktu tu?

Mmmmm....Itulah cinta
kalau hanya dinilai pada fizikal sahaja...






Saturday, February 18, 2012

#82 : acoustic

Gua suda jatuh cinta sama ini orang

nasib baik dia dah kwen....

Monday, January 30, 2012

#81 : terpesong

dalam kepala gua sekarang ada satu perkara
satu perkara yang selalu gua fikir
fikir-fikir yang mengarut & terpesong

syuhhh..syuhhh....pergi jauh-jauh
bahaya



ramai yang jeles
termasukla gua

Monday, January 23, 2012

#80 : bimbang persepsi dari isteri-isteri sekalian

Gua ni bekerja dikalangan lelaki-lelaki yang bergelar suami.
Ada yg 'hot' (hot?), ada yg bertanggungjawab giler, ada yg nmpk romantic, ada yang alim dan ada juga yang ntah apa-apa.

Kadang-kadang pergi course berdua
Kadang-kadang stay di office bertiga
Kadang-kadang bercakap di telefon lama-lama

Tapi semuanya atas landasan kerja
Tiada topik tentang hati, mahupun tentang perasaan, ataupun yang sewaktu dengannya
Tiada topik lain yang dibicarakan melainkan hal kerja

Gua tahu batas pergaulan
Awal-awal gua dah block hati gua dari mempunyai perasaan terhadap mereka-mereka
Moga-moga, takkan runtuh dinding itu

Kepada isteri-isteri sekalian, suami lu orang selamat dengan gua
Gua xboleh halang lu orang dari merasa risau
Gua juga xboleh tutup mulut orang lain
Tapi apa yang gua boleh buat hanyalah berdoa supaya dinding itu terus utuh dan "tak layan lebih-lebih" dengan suami lu orang

Walaupun gua ni single terlajak (terlajak skit je baru)
Gua bukan macam mereka-mereka yang dalam drama tu
Asal dah pegang title "sedikit berusia tapi masih solo"
Terus dicop cuba jadi perampas, jaga-jaga dengan dia, hati-hati dengan mereka
Ahhhhh..kolot
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi

Gua ni baik
Jangan risau ye, lagipun gua dah serik!

Layan lagu ni dulu, gua suka