Tuesday, March 8, 2011

Pengorbanan

Setiap kelebihan yang kita dapat dalam dunia ini sebenarnya dibayar dengan sebuah pengorbanan. Sama ada sedar atau tidak.

Tak ada orang yang boleh dapat kesemuanya sekaligus. Pasti ada yang jadi kurang bila sesuatu yang lain jadi lebih.

Kenapa sesetengah orang suka berkawan dengan orang yang tidak boleh membawa mereka ke jalan yang betul?

Kenapa sesetengah orang tidak suka berkawan dengan orang yang boleh membentuk diri mereka ke arah yang lebih baik?

Manusia suka kepada keseronokan. Biasanya perkara-perkara seperti mengumpat rakan sepejabat lebih disukai daripada perkara-perkara yang menjurus kepada pemikiran/pemerhatian kenapa sesuatu keadaan itu terjadi.

Bila usia semakin matang, pemikiran kita akan jadi lebih fokus & lebih menjurus kearah untuk memperbaiki diri sendiri.

Dulu, masa kita muda remaja, kita tidak suka mendengar teguran atau leteran rakan yang lebih berusia. Tetapi sekarang, bila kita sendiri berada ditempat mereka, barulah kita sedar bahawa segala teguran/nasihat mereka sebenarnya adalah untuk membentuk diri kita sama ada dari segi luaran mahupun dalaman.

Bila tiba diusia begini, apa yang kita ingin lakukan hanyalah cuba untuk membentuk rakan-rakan sepejabat yang masih lagi dibuai keseronokan & seolah lupa diri. Bila ditegur, melenting. Bidasnya itu hak mereka.

Terasa bersalah kepada seseorang kerana tersalah anggap akan dirinya. Maaf dipinta.

Hilang kawan adalah pengorbanan yang aku bayar untuk maju kedepan.

Lebih baik menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan daripada mencari dosa mengumpat & mengeluh kenapa itu dan kenapa ini.

Semoga langkah aku untuk mencari pahala dipermudahkan-Nya.



"ku lebih senang diam begini...menentang badai dalam diri..."

Sedap sungguh suara dia nih...