Wednesday, August 31, 2011

Thursday, August 25, 2011

#69 : Memberi

Best pulak lagu ni


Disisimu aku terdiam seribu bahasa

Memberi lebih baik dari menerima. Kadang-kadang bila kita tidak diberi kesempatan untuk menerima, bila dewasa, kita cenderung untuk mahu memberi sesuatu yang kita tak dapat rasa itu kepada orang lain.

Dia ada beberapa rasa & pengalaman yang dia tak dapat alami sepanjang hidup 30 tahun ni. Antaranya ialah rasa kasih sayang seorang ayah seperti orang lain. Dia selalu observe bos-bos dia bila mereka bersama dengan anak-anak dieorang. Kebanyakannya hati dia akan berkata "Ooowwhhh, macam tu ke layanan seorang ayah kepada anaknya", dan dia sering terbayangkan jika dia ditempat anak-anak mereka. Bila dia tak dapat peluang untuk merasai rasa itu, dia sangat berharap untuk menemui seorang ayah yang baik kepada bakal anak-anak dia kelak. Akan dia pastikan mereka mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya dari ayah mereka.

Dia juga tidak dapat merasai rasa menjadi seorang adik bongsu kesayangan walaupun ada kakak dan abang. Dia selalu tengok keluarga yang lain, perhubungan mereka sungguh rapat. Itu juga dia tiada. Bila meningkat dewasa, dia selalu membayangkan dia ada seorang kakak seperti lakonan Nanu dalam drama Sahara. Begitulah kasih sayang yang dia ingin rasai. Ketiadaan rasa itu membuatkan dia ingin menjadi seorang kakak yang dapat mencurahkan kasih sayang dia kepada seorang yang lain. Keinginannya untuk mempunyai adik angkat, tapi dia malu untuk menyatakannya. Siapalah dia. Jadi, dia akan sedaya upaya untuk memenuhi keinginan 'adik angkat' perempuannya itu walaupun pada dasarnya dieorang tak declare apa-apa pun. Cukuplah sekadar dia sahaja yang merasakan dirinya sebagai 'kakak angkat'dalam hati.

Kadang-kadang kita ditakdirkan untuk tidak menerima, supaya kelak kita faham dan tahu apa yang perlu diberi.

Kadang-kadang Tuhan telah aturkan kita tidak dapat merasai keindahan sesuatu perkara supaya kita tahu betapa berharganya keindahan itu.

Berombak mencari dataran yang damai

Sunday, August 14, 2011

#68 : Kenapa

1) Abang jual murtabak kat pasar ramadhan petang tadi tak adelah ensem pun, tapi entah kenapa aku suka tengok. Kenapa ye? Manis kot...tak jugak, tapi...sekali pandang, rasa macam nak pandang lagi sekali. Last sekali dia cakap terima kasih sambil tersenyum walaupun tangan tengah sibuk menguli kulit murtabak.

Abang, senyuman abang tu dah turun sampai ke hati saya, jadi, sebelum saya mintak no phone abang, abang ni dah kahwin ke, kalau belum, boleh mintak no phone tak? Saya nak berkenalan. Manalah tau, abanglah jodoh saya. Wahhhh...kalaulah boleh buat macam tu..kalaulah takde istilah perigi mencari timba...KALAU...

Kenapa samakan perigi dengan perempuan? Tak paham
Memanglah perigi tidak boleh mencari timba sebab perigi itu kedudukannya statik, tidak boleh dialih-alihkan, mana mungkin boleh mencari timba.

2) Aku sangat tak suka bila aku still duduk kat meja makan, tapi waiter-waiter tu dah sibuk angkat dan susun kerusi meja sebagai tanda nak bagi signal kedai dah nak tutup.
Tak adakah cara lain untuk memberitahu kepada pelanggan bahawasanya kedai kamu akan ditutup sebentar lagi. Cara itu agak kasar dan tak beradap bagi aku.

Tadi di Big Apple, pelayan disitu sibuk mengheret kerusi dan menyusun meja dikala ada 2-3 kumpulan lagi sedang bersembang di meja. Kerusi yang diheret menghasilkan bunyi yang agak tidak menyenangkan itu tampaknya sengaja dibuat sedangkan boleh je angkat dan susun. Sungguh tak cool. Kami tahu yang kedai kamu akan ditutup sebentar lagi tapi bukan itu caranya kamu memberitahu pelanggan.

Apa kata kamu pergi ke setiap meja bagitahu...encik, kami akan tutup kedai dalam masa 5 minit lagi. Apa salahnya. Orang pun paham.

Begitu juga di Secret Recipe, orang tengah duduk, dia dah start mop lantai. Apa kata korang pasang satu speaker & announce je la kedai nak tutup dalam masa 10 minit ke apa ke. Kan senang. Itupun nak kena ajar ke.

Thursday, August 11, 2011

#67 : kamu

apapun yang terjadi
ku kan selalu ada untukmu

janganlah kau bersedih
cause everything is gonna be ok

keberadaan kamu buatku bahagia
keramahan dan senyum kamu buatku terpesona
setiap tingkah kamu buatku terpana

kamu kamu oh kamu

Monday, August 8, 2011

#66 : Turning 3 series



Kalau kereta, ni BMW 3 series,
tapi kalau aku:

- the promise of a decade of loneliness,
- a thinning list of single men to know (ni paling xbest skali) hahhahaa...
- a thinning briefcase of enthusiasm,
- thinning hair

So, anybody yang celebrate their birthday same date with me, this song is for you...


don't count the years, just count the way...

Sunday, August 7, 2011

#65 : Keberkatan

Satu ketika, 5 tahun yang dulu, seorang wanita mulakan kerjayanya di sebuah syarikat swasta di ibukota. Gaji ok, tapi tak cukup untuk menampung kehendak dia dan cita-cita dia yang ingin memiliki banyak duit.

Kemudian, dia buat part time sama seperti apa pekerjaan dia di siang hari, tapi mengambil client-client syarikat di tempat dia bekerja. Dari segi bisnes, tiada masalah dengan cara itu, but it is unethical to do that way. Banyak juga yang dia terima. Disimpannya baik-baik dalam bank.

Tidak lama selepas itu, Tuhan datangkan kepadanya seorang hamba Allah. Nilaiannya, baik budi pekerti, luar dan dalam. Berkawan dan jadi rapat. Ditakdirkan hamba Allah tadi dalam kesusahan. Dia bantu dengan rela hati, mengharapkan hamba Allah tadi kembali kepada kehidupannya dahulu. Tapi, ditakdirkan lagi hamba Allah tersebut tidak berupaya untuk membayar kembali bantuan & pertolongan yang wanita itu berikan.

Maka, sedihlah wanita itu. Duit yang dikumpulkan hasil kerja part time dulu telah tiada. Dan ketika itulah wanita itu tersedar dengan kenyataan bahawasanya...

Tuhan itu Maha Adil. Rezeki yang tidak berkat akan hilang jua dari tangan kita secara langsung ataupun indirectly tanpa kita sedar. Bagaimana Tuhan mengambil semula duit yang tidak berkat itu dari wanita tersebut? Ya, melalui hamba Allah tadi. Jika rezeki itu bukan hak kita, makanan yang dah masuk dalam mulut pun boleh termuntah semula.

Tak kesahlah rezeki itu milik siapa, but the truth is, it's not yours. Hamba Allah tadi adalah satu penyebab atau perantaraan Tuhan untuk mengambil semula duit yang tidak berkat itu daripada kita. So, whatever we do, jalan kena lurus, cara kena betul..

Friday, August 5, 2011

#64 : missing piece

wait and see feed this patience on her mind
leave it there until he comes
cause someone’s out there she believes
has a missing piece of her heart

Tuesday, August 2, 2011

#63 : IF



until now, I still hope that one day you come back to me and say "I'm sorry, I've hurt you again, but now I've changed. I want one more chance to prove to you that I've changed"

#62 : Puasa

Tersentap bila dengar satu ustaz ni bagi ceramah di TV9. Katanya...
"Bila lagi kita nak berubah jika bukan dalam bulan Ramadhan.
11 bulan yang lain alasan kita ada syaitan menghasut.
Jadi, bila syaitan dah kena ikat, inilah masanya untuk kita berubah"

Katanya lagi...
"jika dalam bulan ini yang syaitan siap2 diikat pun kita masih melakukan kejahatan, maksiat & dosa, maknanya siapa yang syaitan sekarang ni?"

Dia ingin berubah. Dah bertahun lalai, leka dengan duniawi. Solat tak penuh. Kalau solat pun selalu nak cepat. Dah tak rasa ketenangan ketika mengadap Tuhan. Quran pun dah berhabuk.
Semoga diberikan kekuatan olehNya untuk kembali kepada landasan yang betul.