Sunday, August 7, 2011

#65 : Keberkatan

Satu ketika, 5 tahun yang dulu, seorang wanita mulakan kerjayanya di sebuah syarikat swasta di ibukota. Gaji ok, tapi tak cukup untuk menampung kehendak dia dan cita-cita dia yang ingin memiliki banyak duit.

Kemudian, dia buat part time sama seperti apa pekerjaan dia di siang hari, tapi mengambil client-client syarikat di tempat dia bekerja. Dari segi bisnes, tiada masalah dengan cara itu, but it is unethical to do that way. Banyak juga yang dia terima. Disimpannya baik-baik dalam bank.

Tidak lama selepas itu, Tuhan datangkan kepadanya seorang hamba Allah. Nilaiannya, baik budi pekerti, luar dan dalam. Berkawan dan jadi rapat. Ditakdirkan hamba Allah tadi dalam kesusahan. Dia bantu dengan rela hati, mengharapkan hamba Allah tadi kembali kepada kehidupannya dahulu. Tapi, ditakdirkan lagi hamba Allah tersebut tidak berupaya untuk membayar kembali bantuan & pertolongan yang wanita itu berikan.

Maka, sedihlah wanita itu. Duit yang dikumpulkan hasil kerja part time dulu telah tiada. Dan ketika itulah wanita itu tersedar dengan kenyataan bahawasanya...

Tuhan itu Maha Adil. Rezeki yang tidak berkat akan hilang jua dari tangan kita secara langsung ataupun indirectly tanpa kita sedar. Bagaimana Tuhan mengambil semula duit yang tidak berkat itu dari wanita tersebut? Ya, melalui hamba Allah tadi. Jika rezeki itu bukan hak kita, makanan yang dah masuk dalam mulut pun boleh termuntah semula.

Tak kesahlah rezeki itu milik siapa, but the truth is, it's not yours. Hamba Allah tadi adalah satu penyebab atau perantaraan Tuhan untuk mengambil semula duit yang tidak berkat itu daripada kita. So, whatever we do, jalan kena lurus, cara kena betul..

2 comments:

  1. ..betul jugak tu..

    tapi kita boleh jugak lihat dari satu sudut lagi..setiap dari rezeki yang kita dapat tu, ada rezeki orang lain..kita adalah perantaraan untuk seseorang yang lain punya punca rezeki..izah

    ReplyDelete
  2. agreed..
    sungguh teratur aturan Allah swt itu..

    ReplyDelete