Tuesday, April 12, 2011

Kusut

Ramai orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Ramailah orang karam dilaut
Saya seorang karam dihati


Petikan dari lagu Imran Ajmain -Ghaib-

Kadang-kadang kita tak boleh ikut sangat perasaan kita. Sebab selalunya perasaan kita ni didasari oleh hasutan-hasutan syaitan. Kalau kita tengok sesetengah manusia boleh membunuh bila rasa marah, boleh merogol bila rasa ghairah, boleh memukul bila rasa geram, boleh bunuh diri bila rasa putus asa. Semuanya kerana mengikut 'rasa' atau 'perasaan' yang difikirkan betul ketika itu tanpa didasari oleh pegangan agama. Bagi kita yang ada pegangan agama, kita kena jaga & berhati-hati dengan setiap apa yang kita rasa, bimbang terpesong dari arah tujuan yang sebenar.

Hari ini dan semalam, aku telah mengalami sedikit gangguan jiwa dan minda, dimana apa yang aku fikirkan itu agak terpesong dari landasan yang betul. It's hard to focus when that kind of 'thing' is inside your mind. Kusut sekali. Jika dilayan, mungkin makin teruk. Tapi syukur aku masih boleh berfikir dengan waras & sedikit pegangan agama yang nipis ini memberi kesedaran untuk melawan 'perasaan' itu.

Entah, sejak kebelakangan ni aku rasa aku lain dari orang normal yang lain. Mmmmm...mungkin dalam diri aku memang dah lain dari dulu, tapi baru sekarang aku identify. Tapi takpelah, aku berjaya mengawal apa yang tidak sepatutnya berlaku.

Alahai...kenapalah lagu Rossa ni best2...sadis..



~~ Telah ku padamkan api itu & telah aku akhiri segalanya ~~

No comments:

Post a Comment