Sunday, July 4, 2010

Hujan Malam

Salam...
Dah lama aku xupdate blog ni...lps sehari ke sehari nk update, at last aku dpt 1 topik yg aku rase nk tulis.
Drama Hujan Malam, arahan Rashid Sibir. Sebenarnya dh 2 kali aku tgk cite ni, tp xjemu2. Lakonan Eman Manan (Hadi), Ida Nerina (Atila) & Aida Aris (Anis).
Hadi ni kaya, arkitek, romantik, dh 10 thn kwen ngn Atila tp xdpt anak. So, Atila quit her job & concentrate pd famili dia. Tp Hadi dlm diam terjumpa Anis lalu jatuh cinta.
Anis xtau Hadi ni dh kwen, & of cos la jatuh cinta jgk dgn Hadi. Bila dpt tau Hadi ni suami org, then Anis berenti keje sbg nurse & lari ke tempat lain utk jauhkan diri dr Hadi.
Pada masa yg sama, Atila pregnant tp disahkan ada cancer servik plk. Doktor advise suh gugurkan kandungan sbb bahayakan nyawa dia tp Atila berkeras nk lahirkan baby tu sbb dh lama dieorg nk anak.
Anis plk dpt keje kt klinik dr.nora, personal doctor Atila ni td. Dr.Nora suh Anis jaga Atila kt umh. Anis pun setuju tanpa mengetahui yg Atila ni wife Hadi. Dipendekkan cerita, bila Anis dh tau Hadi ni husband Atila, Anis nk benti keje, tp kebetulan Atila dpt tau hubungan husband die ni ngn Anis.
Mula2 Atila ni berang jgkla, tp last2 dia suh Anis kwen ngn Hadi utk jaga baby tu lps dia mati nnti.
Makanya, masa Hadi nk akad nikah, Atila pengsan. Bwk pi hospital, Dr.Nora bedah utk selamatkan baby. Anis pun tolong jgk, tolong derma darah kt Atila sbb Atila bleeding byk sgt. Last2 Atila & baby selamat, Anis lari ntah kemana.

Lakonan Ida Nerina ni mmg real, smpai aku rasa mcm nk jd mcm dia... cantik, kaya, ada suami romantik, bila sakit suami jaga, dikasihi, disayangi, hidupnya hampir sempurna tp tetap ada dugaan. Kehadiran Anis ada hikmahnya walaupun pada mula dianggap perampas suami org. Tanpa Anis, mungkin Atila xdpt diselamatkan.

Lakonan Eman Manan mcm biasala, sama level ngn Rosyam Nor dlm cite Gelora Dihati Sara. Bagi seorang lelaki, kdg2 melakukan kesilapan, bukan silap mencintai wanita lain dikala sudah beristeri, tp silapnya pada cara menangani masalah ataupun ketika berdepan dengan situasi tertentu. Seperti apa yg aku tulis dalam previous post, api yg 'ter'menyala, tp xpandai nk control nyalaan itu.

Lakonan Aida Aris pula berkesan. Watak seorang wanita yg xnk menghancurkan rumahtangga org lain. Wanita sebegini kebiasaannya akan menjadi tempat maki hamun 1st wife, perampas & sebagainya. Tapi hakikatnya bukan dia yg silap. Salahnya pada ketidaktahuan dirinya tentang status lelaki itu. Mana ada wanita yg nk jd perampas, kecuali yg btul2 tamak & pentingkan diri. If tau lelaki tu suami org sebelum cinta berputik, pastinya mana2 wanita akan undur diri. Tp bila dh dlm hati ada cinta, itu yg payah sikit nk undur belakang.

Conclusion & pengajaran yg aku dpt dr drama ni & juga drama Gelora Dihati Sara...Setiap kenikmatan berumahtangga itu comes with responsibility. Mana ada benda free dalam dunia ni. Kita nk mkn ikan yg sedap, knala kuarkan duit beli ikan yg mahal, begitulah peraturannya. Walaupun aku kini seakan mahu merasai kenikmatan berumahtangga, tp aku rasa belum bersedia utk menjlnkan tggjwb & melakukan pengorbanan. So, aku menikmati hidup begini dengan rela hati....

Sekian.

Ohh Tuhan, Kau dengarkanlah rayuan...Cintaku yang berpanjangan, tak kesampaian, yang kuharapkan, tiada haluan...

3 comments:

  1. Boleh tahu ape list lagu dalam film ni? Sbb mak saya suke 1 lagu tu yg ada dalam film ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun cari2 kt utube ptg td...sme la trikh mgkn kita tgk citer ni td ptg kot. Tp still xthu lgu ap. Y lain tu lagu dato sudirman n fauziah latiff. Y lg satu tu..mmmm

      Delete