Thursday, April 1, 2010

Asmaradana

Cerita yang sedang hangat ditayangkan di tv3 jam 10.30 mlm Isnin hingga Khamis. Me baru habis menonton episod mlm ini. Me tertarik dengan ungkapan Zizah disaat sejambak bunga dihulurkan kepadanya "Abang, terima kasih kerana membahagiakan Zizah.." Kemudian dibalas pula dengan jawapan Zizan "Terima kasih kerana mencintai abang.."

Ungkapan itu amat menyentuh hatiku walaupun ia hanyalah ucapan terima kasih sebagai penghargaan diatas kasih sayang yang dicurahkan antara mereka. Setiap kenikmatan hidup berumahtangga pasti hadir bersama dengan tanggungjawab. Begitulah peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Setiap yang ada dimuka bumi ini adalah dalam bentuk berpasang-pasangan sama ada yang zahir atau yang batin.

Ia juga selari dengan prinsip perakaunan yang aku pelajari selama ini..we must get back the income for every single cents that we spend. Ada debit dan credit, aset dan liabiliti. Sungguh sempurna ciptaan-Nya dimana semua yang ada memiliki pasangan.

Berbalik kepada cerita & ungkapan tadi, bagi me yang masih single n available, saat itu adalah saat yang paling diidamkan, tetapi adakah me berupaya untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan? Me merasakan kemampuanku belum mencapai tahap bersedia kerana terlalu banyak halangan, ditambah pula dengan pengalaman cinta yang begitu menyakitkan.

Kehidupanku kini lebih banyak tertumpu untuk menjaga & membalas budi ibuku. Sentiasa bersamanya kerna me merasakan dia akan pergi menemui Penciptanya suatu hari nanti. Sementara ada masa, ada peluang dan ada kelapangan, me akan sentiasa menghabiskan masa & bergembira bersamanya.

Teringat kata-kata semangat dari seorang teman.."Hiduplah dengan apa yang kita ada, nescaya akan ketemu bahagia". Usah ditanya kenapa diri kekurangan, usah ditangisi hati yang sunyi, usah dikesali apa yang telah terjadi..kerna setiap yang berlaku terselit seribu satu hikmah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment