
Surat dari Pejabat Agama telah diterima...
Dan sepatutnya...
Dia yang meminta, bukan 'orang itu' yang memberi
Dia yang teraniaya, bukan dia yang berdosa
Dikemudian hari
Akan dicanangkan satu kampung
Bahawasanya 'orang itu' telah memberi
Gahnya rasa pabila kuasa terlaksana
Biarkan
Asalkan dia dilepaskan
Asalkan yang nyata,'orang itu' berdosa dimata Tuhan
Mungkin aku tidak mengetahui
Kerana aku tidak melalui
Tetapi aku menyesali
'Orang itu' begitu membuta tuli
No comments:
Post a Comment