Dia sedang melalui satu fasa dalam hidupnya, dimana dia merasa amat bahagia
Hatinya begitu tenang, tiada yang perlu difikirkan melainkan masalah kerja
Resahnya kerana bagaimana nk siapkan tugas yang bertimbun atas meja
Bimbangnya kerana risau due date hampir tiba
Sedihnya hanya kerana kesihatan ibunya terjejas sentiasa
Dia xperlu lagi sakit hati
Dia xperlu lagi fikir bagai nak mati
Dia xperlu lagi buat andaian membuta tuli
Kerana cinta hatinya telah pergi
Cinta hatinya yang dulu disanjung tinggi
Tetapi kini telah jatuh darjatnya hingga ke kaki
Dia tidak salahkan Ilahi
Takdir Tuhan ada hikmah tersembunyi
Menanti terpancar disuatu hari
Dia bahagia hidup sendiri
Melayari bahtera kehidupan duniawi
Kadang-kadang terasa sunyi
Sepi tiada teman disisi
Tapi dia ingat apa yang dijanji
Jodoh pertemuan ditangan Ilahi
Kadang-kadang dia rindu
Pada ungkapan i love u
Tapi ada apa dengan cinta padamu
Jika tindakan selalu melulu
Dia menyesal
Kerana dulu dia alpa
Kerana dulu dia leka
Sedikit rasa cinta menjadikan dia buta
Jika cinta dapat dekatkan dirinya kpd Pencipta
Moga segerakan pertemuannya dengan sang jejaka
Tapi jika cinta membawanya ke neraka
Moga hatinya tak perlu dibajai lagi dgn cinta manusia
Inilah bahagia....dia bahagia
No comments:
Post a Comment