Thursday, August 12, 2010

Letih...


Tazkirah yang didengari diwaktu lunch td begitu menusuk kalbunya sehinggakan....

Dia letih
Bukan letih berpuasa hari kedua
Tapi letih menahan air mata
Menahan dari gugur membasahi dunia

Dia kesedihan
Bukan kerna sang kekasih derhaka
Tapi kerna menginsafi dosa
Dosa lalu yang begitu dikesalkan



Dia rasa berdosa
Dia memang berdosa
Hatinya penuh bintik2 hitam
Gelap membayangi jiwa
Hati dulu telah ternoda

Dia telah sedar
Dia telah insaf
Taubat jalan terindah
Untuknya kembali ke jalan syurga

Tuesday, August 10, 2010

Kecewa



Fajar menyinsing
Bulan masih mengambang
Terhenti dipinggir jalan
Mengeluh kecewa, membukakan mata

Aku kecewa...

Aku kecewa...

Biarkan
Biarkan waktu teruslah berputar
Sehingga terjaga mentari lantas melenyapkan bulan
Dan mimpi semalam meluncur

Ku hilang dalam terang

Sunday, August 8, 2010

Kembali



Aku telah kembali ke dunia realiti
Aku telah meninggalkan zaman jahiliah
Zaman jahiliah yg terlalu taksub dengan cinta fatamorgana

Tuesday, August 3, 2010

Kisah Emak

Mmmmm....aku ada satu kisah nk kongsi...
Penceritaan dilakukan oleh kwn lama aku di suatu ptg yg damai.
Kisah dalam cerita adalah cerita benar yg berlaku kpd beliau. Jika ada yg tidak benar, pedulikkan sbb point yg aku nk smpaikan bukanlah berkaitan dgn watak2 dlm kisah ini.

Kisah bermula seperti berikut:

Dia p hantar kete adik dia yg kemek accident kt salah satu tempat servis kereta berjenama dot dot. Setelah beberapa lama, dia telah pergi mengambil keretanya di tempat servis tersebut sbb org sana ckp kete dia udah siap. So, bila dia g, aik tetiba xsiap lg, ada benda keje yg xhbs buat, tunggu lama & ada laa sedikit mslh lg pd kete tu.

Nak dijadikan cerita, ada 1 kali tu mak dia ikut skali p tmpt servis tu. Mak dia ni jmpa la ngn manager customer service tu mengadukan mslhnya. Mungkin dgn nada yg xberapa disenangi oleh manager itu. Lalu manager itu menghalau mak dia ni keluar dr bilik. Kebetulan waktu tu dia p toilet, takde di tempat kejadian.

So, tidak berapa lama lps tu,ntah mcm mana mak dia ni bgtau dia psl kna halau tu. Maka bengangla dia kt manager tu. Berani halau mak dia. Dia g tnya manager tu knp halau mak dia, manager tu ckp ada salah paham. Oleh kerana manager tu xnk mintak maaf, dia yg sentiasa berkeadaan cool ni blah dr tmpt kejadian.

Dia tulis 1 surat kt bos bsr tempt servis kete tu complaint blah blah blah... Point dia dlm surat tu adalah utk membetulkan keadaan dimana seorg manager customer service xpatut bersikap demikian w/pun pelanggan itu ternyata bersalah. Bak kata org phg Customer is always right!!

Dipendekkan cerita, kes ni dh selesai. Dieorg mengaku salah. Sekian...

Kesimpulan @ pengajaran yg aku dpt dr cerita ni adalah bagaimana seorg anak mempertahankan & melindungi mak dia. "Mak saya x pergi sekolah, tp mak sy dh sekolahkan sy, jd kalo nk marah, marah kt sy, bukan mak sy"

Aku rasa xramai yg akan bertindak demikian, plg kuat pun blah dr situ @ naik angin ngn manager tu kt situ, tp cara tu xbrape berkesan sbb mungkin manager tu akan lakukan yg sama dgn org tua yg lain-lain.

Aku bangga ngn dia. Dia rela bertindak mcm tu demi mak dia.

Aku harap jika ada pihak2 yg terlibat dlm kisah diatas baca entry ni, jgn amik ati yee...

Aku cuma nk berkongsi tentang tanggungjwab seorg ank pd mak dia.

Sunday, August 1, 2010

aku sakit....

Time2 sedey ni br ada mood nk update blog...



It seems that my life is expected to be sooo complicated soon....
Oleh sbb itu, aku jd sakit:

aku sakit bila....'teman tp mesra' aku yg ada matlamat hidup yg sama dgn aku nmpknya dh beralih arah..mmmhhhh, biarlah, bukan aku ada apa2 r/ship pun ngn dia..

aku sakit bila....aku rasa aku dh bersedia nk hidup berdua, tp jodoh aku xsmpai lg...

aku sakit bila.... aku terbygkan bila mak aku dh xde, bapak aku kwen lain & pindah duk skali ngn aku kt umh ni, mmmmhhh, apa aku nk buat? yg membuatkan aku sakit bukan psl bapak aku kwen lain, tp sbb dia pindah blk kt umh yg mak aku buat ni. aku dpt rasakan yg adik beradik aku yg lain akan redha & takkan membantah. BODOH...!! dieorg smua mmg bodoh...ataupun aku keras hati??? ya..mmg hati aku jd keras semenjak dr kecik sbb aku tgk depan mata dr aku kecik smpai aku dewasa perangai bapak aku yg ntah hapa2 tu.

aku sakit bila...aku dh terkantoi ngn kwn baik aku psl blog ni. Dia dh jmpa blog aku & aku harap dia takkan bercerita face to face ngn aku tentang apa yg aku luahkan dlm blog ni...dan aku juga berharap dia xbgtau sesape pun psl blog ni.

aku sakit bila...aku dikelilingi oleh kwn2 yg dh ada bf. dh lama aku xrasa mcm ni, semenjak awl thn ni. 'rasa' itu dtg kembali menjengah hati aku yg dh lama kering. bila kuar outing ramai2, asik gayut bls sms je ngn balak. adoi....

aku sakit bila....aku rasa aku ni sakit jiwa, sakit hati & sakit mental. dlm hati aku penuh dgn dendam & kebencian.

aku sakit bila....aku sunyi. bila aku sunyi aku jd jiwang. bila aku jiwang aku akan jd sedey...

aku sakit bila.... aku asyik terfikir apa kesudahannya hidup aku nie.....

Petikan kata-kata hikmah dari blog Genta Rasa
Antara dua cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman


Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fata morgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hati ku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta Mu yang ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

Sunday, July 4, 2010

Apa pendirian aku?

Mmmmm...apa pendirian aku?

1) Apa yg aku tau...mak dh buat yg terbaik utk anak2 dia.

2) Apa yg aku tau...aku xde hak utk judge sama ada 1 pihak salah, 1 pihak btul, dua2 pihak salah, dua2 pihak betul ataupun dua2 pihak ada salah dan betul.

3) Apa yg aku rasa...dalam keadaan, situasi dan takdir hidup mak yg sebegitu, itulah jalan yg terbaik yg patut mak lakukan. Jika diberi pilihan jln yg lain, mungkin keputusannya berbeza.

4) Apa yg aku fikir...jika aku ditakdirkan menemui jln hidup yg sama, aku fikir aku juga akan melakukan perkara yg sama, atau aku rasa aku akan memilih jln yg lebih baik utk diriku, iaitu berpisah. Tak perlu memikirkan anak2 nnti xde bapak kalau bercerai....tp at the end of the day bila anak2 dh besar, anak2 berani plk kuarkan pendapat yg bodoh & membuta tuli mengatakan aku bersalah kerana memilih jln itu.

Apa2 pun, aku berdoa agar mak sentiasa tenang menempuh sisa2 hidupnya. Aku sentiasa ada utk mak. Mak xperlu nak mempertahankan perkara itu, menidakkan perkara ini kerana aku tidak pernah menyalahkan mak dalam apa juga perkara.

Syukurku padaNya, kerana memberiku kesihatan utk bekerja menampung hidup & membahagiakan mak.

Syukurku juga padaNya, kerana memberi aku merasai pengalaman yang lampau. Dengan pengalaman itu aku berupaya menyelami hati mak.

i love u makk...!!

Hujan Malam

Salam...
Dah lama aku xupdate blog ni...lps sehari ke sehari nk update, at last aku dpt 1 topik yg aku rase nk tulis.
Drama Hujan Malam, arahan Rashid Sibir. Sebenarnya dh 2 kali aku tgk cite ni, tp xjemu2. Lakonan Eman Manan (Hadi), Ida Nerina (Atila) & Aida Aris (Anis).
Hadi ni kaya, arkitek, romantik, dh 10 thn kwen ngn Atila tp xdpt anak. So, Atila quit her job & concentrate pd famili dia. Tp Hadi dlm diam terjumpa Anis lalu jatuh cinta.
Anis xtau Hadi ni dh kwen, & of cos la jatuh cinta jgk dgn Hadi. Bila dpt tau Hadi ni suami org, then Anis berenti keje sbg nurse & lari ke tempat lain utk jauhkan diri dr Hadi.
Pada masa yg sama, Atila pregnant tp disahkan ada cancer servik plk. Doktor advise suh gugurkan kandungan sbb bahayakan nyawa dia tp Atila berkeras nk lahirkan baby tu sbb dh lama dieorg nk anak.
Anis plk dpt keje kt klinik dr.nora, personal doctor Atila ni td. Dr.Nora suh Anis jaga Atila kt umh. Anis pun setuju tanpa mengetahui yg Atila ni wife Hadi. Dipendekkan cerita, bila Anis dh tau Hadi ni husband Atila, Anis nk benti keje, tp kebetulan Atila dpt tau hubungan husband die ni ngn Anis.
Mula2 Atila ni berang jgkla, tp last2 dia suh Anis kwen ngn Hadi utk jaga baby tu lps dia mati nnti.
Makanya, masa Hadi nk akad nikah, Atila pengsan. Bwk pi hospital, Dr.Nora bedah utk selamatkan baby. Anis pun tolong jgk, tolong derma darah kt Atila sbb Atila bleeding byk sgt. Last2 Atila & baby selamat, Anis lari ntah kemana.

Lakonan Ida Nerina ni mmg real, smpai aku rasa mcm nk jd mcm dia... cantik, kaya, ada suami romantik, bila sakit suami jaga, dikasihi, disayangi, hidupnya hampir sempurna tp tetap ada dugaan. Kehadiran Anis ada hikmahnya walaupun pada mula dianggap perampas suami org. Tanpa Anis, mungkin Atila xdpt diselamatkan.

Lakonan Eman Manan mcm biasala, sama level ngn Rosyam Nor dlm cite Gelora Dihati Sara. Bagi seorang lelaki, kdg2 melakukan kesilapan, bukan silap mencintai wanita lain dikala sudah beristeri, tp silapnya pada cara menangani masalah ataupun ketika berdepan dengan situasi tertentu. Seperti apa yg aku tulis dalam previous post, api yg 'ter'menyala, tp xpandai nk control nyalaan itu.

Lakonan Aida Aris pula berkesan. Watak seorang wanita yg xnk menghancurkan rumahtangga org lain. Wanita sebegini kebiasaannya akan menjadi tempat maki hamun 1st wife, perampas & sebagainya. Tapi hakikatnya bukan dia yg silap. Salahnya pada ketidaktahuan dirinya tentang status lelaki itu. Mana ada wanita yg nk jd perampas, kecuali yg btul2 tamak & pentingkan diri. If tau lelaki tu suami org sebelum cinta berputik, pastinya mana2 wanita akan undur diri. Tp bila dh dlm hati ada cinta, itu yg payah sikit nk undur belakang.

Conclusion & pengajaran yg aku dpt dr drama ni & juga drama Gelora Dihati Sara...Setiap kenikmatan berumahtangga itu comes with responsibility. Mana ada benda free dalam dunia ni. Kita nk mkn ikan yg sedap, knala kuarkan duit beli ikan yg mahal, begitulah peraturannya. Walaupun aku kini seakan mahu merasai kenikmatan berumahtangga, tp aku rasa belum bersedia utk menjlnkan tggjwb & melakukan pengorbanan. So, aku menikmati hidup begini dengan rela hati....

Sekian.

Ohh Tuhan, Kau dengarkanlah rayuan...Cintaku yang berpanjangan, tak kesampaian, yang kuharapkan, tiada haluan...