Thursday, August 26, 2010

Penantian



Separuh jiwaku telah jadi satu
Tak sabar ku menunggu
Datangnya sang waktu
Tuk membuat sejarah baru
Hari terus berlalu
Menanti kuterharu
Tuk melukiskan cerita baru

Satu nafasku kian jadi satu
Bahagia yang kutunggu
Peluk erat dirimu
Berbisik ayat-ayat rindu
I just want to say i love u
I need u and i miss u

Monday, August 16, 2010

Sepatutnya...


Surat dari Pejabat Agama telah diterima...
Dan sepatutnya...

Dia yang meminta, bukan 'orang itu' yang memberi
Dia yang teraniaya, bukan dia yang berdosa

Dikemudian hari
Akan dicanangkan satu kampung
Bahawasanya 'orang itu' telah memberi
Gahnya rasa pabila kuasa terlaksana

Biarkan
Asalkan dia dilepaskan
Asalkan yang nyata,'orang itu' berdosa dimata Tuhan

Mungkin aku tidak mengetahui
Kerana aku tidak melalui
Tetapi aku menyesali
'Orang itu' begitu membuta tuli

Friday, August 13, 2010

Syukur...


Di meja makan....

Dulu berempat
Kini bertiga
Yang seorang itu keluar
Pergi meninggalkan kami
Yang alu-alukan kepergiannya

Tempat duduk sebelahnya masih berpenghuni
Dia bersyukur
Kerana masih punyai peluang bersama
Disaat kewujudannya amat bermakna

Dia begitu menghargai
Setiap detik dan waktu
Dia terus berdoa
Moga masa dipanjangkan
Untuk dia bersamanya

Thursday, August 12, 2010

Letih...


Tazkirah yang didengari diwaktu lunch td begitu menusuk kalbunya sehinggakan....

Dia letih
Bukan letih berpuasa hari kedua
Tapi letih menahan air mata
Menahan dari gugur membasahi dunia

Dia kesedihan
Bukan kerna sang kekasih derhaka
Tapi kerna menginsafi dosa
Dosa lalu yang begitu dikesalkan



Dia rasa berdosa
Dia memang berdosa
Hatinya penuh bintik2 hitam
Gelap membayangi jiwa
Hati dulu telah ternoda

Dia telah sedar
Dia telah insaf
Taubat jalan terindah
Untuknya kembali ke jalan syurga

Tuesday, August 10, 2010

Kecewa



Fajar menyinsing
Bulan masih mengambang
Terhenti dipinggir jalan
Mengeluh kecewa, membukakan mata

Aku kecewa...

Aku kecewa...

Biarkan
Biarkan waktu teruslah berputar
Sehingga terjaga mentari lantas melenyapkan bulan
Dan mimpi semalam meluncur

Ku hilang dalam terang

Sunday, August 8, 2010

Kembali



Aku telah kembali ke dunia realiti
Aku telah meninggalkan zaman jahiliah
Zaman jahiliah yg terlalu taksub dengan cinta fatamorgana

Tuesday, August 3, 2010

Kisah Emak

Mmmmm....aku ada satu kisah nk kongsi...
Penceritaan dilakukan oleh kwn lama aku di suatu ptg yg damai.
Kisah dalam cerita adalah cerita benar yg berlaku kpd beliau. Jika ada yg tidak benar, pedulikkan sbb point yg aku nk smpaikan bukanlah berkaitan dgn watak2 dlm kisah ini.

Kisah bermula seperti berikut:

Dia p hantar kete adik dia yg kemek accident kt salah satu tempat servis kereta berjenama dot dot. Setelah beberapa lama, dia telah pergi mengambil keretanya di tempat servis tersebut sbb org sana ckp kete dia udah siap. So, bila dia g, aik tetiba xsiap lg, ada benda keje yg xhbs buat, tunggu lama & ada laa sedikit mslh lg pd kete tu.

Nak dijadikan cerita, ada 1 kali tu mak dia ikut skali p tmpt servis tu. Mak dia ni jmpa la ngn manager customer service tu mengadukan mslhnya. Mungkin dgn nada yg xberapa disenangi oleh manager itu. Lalu manager itu menghalau mak dia ni keluar dr bilik. Kebetulan waktu tu dia p toilet, takde di tempat kejadian.

So, tidak berapa lama lps tu,ntah mcm mana mak dia ni bgtau dia psl kna halau tu. Maka bengangla dia kt manager tu. Berani halau mak dia. Dia g tnya manager tu knp halau mak dia, manager tu ckp ada salah paham. Oleh kerana manager tu xnk mintak maaf, dia yg sentiasa berkeadaan cool ni blah dr tmpt kejadian.

Dia tulis 1 surat kt bos bsr tempt servis kete tu complaint blah blah blah... Point dia dlm surat tu adalah utk membetulkan keadaan dimana seorg manager customer service xpatut bersikap demikian w/pun pelanggan itu ternyata bersalah. Bak kata org phg Customer is always right!!

Dipendekkan cerita, kes ni dh selesai. Dieorg mengaku salah. Sekian...

Kesimpulan @ pengajaran yg aku dpt dr cerita ni adalah bagaimana seorg anak mempertahankan & melindungi mak dia. "Mak saya x pergi sekolah, tp mak sy dh sekolahkan sy, jd kalo nk marah, marah kt sy, bukan mak sy"

Aku rasa xramai yg akan bertindak demikian, plg kuat pun blah dr situ @ naik angin ngn manager tu kt situ, tp cara tu xbrape berkesan sbb mungkin manager tu akan lakukan yg sama dgn org tua yg lain-lain.

Aku bangga ngn dia. Dia rela bertindak mcm tu demi mak dia.

Aku harap jika ada pihak2 yg terlibat dlm kisah diatas baca entry ni, jgn amik ati yee...

Aku cuma nk berkongsi tentang tanggungjwab seorg ank pd mak dia.