Saturday, April 30, 2011

Serius letih

Letih bila kena jaga hati sambil bercakap

Letih bila kena berfikir benda-benda yang menambahkan kesesakan kepala otak yang telah sedia berserabut

Letih bila kena berfikir soal kerja bila berada kat rumah

Letih bila kena jaga dua hati sedangkan kita tersepit kat tengah-tengah

Letih bila kena menjawab balik sebab apa cakap macam tu dan kenapa buat macam ni

Letih bila asyik kena jaga hati orang

Lebih letih dari berlari 8 km hari-hari....



If I told you that I realized you're all I ever wanted
And it's killing me to be so far away

Friday, April 29, 2011

Faham

1) Dah faham cerita. Kesian dia. No one seems to understand. "If I can take away all your pain, I would..."

2) Tak mencari...mahupun tercari-cari...apatah lagi dicari. Sunyi

Wednesday, April 27, 2011

Tak setujuu..:(

Alahaiii...Helmi mati pulakk...spoil my mood betullahh...

Friday, April 22, 2011

Setujuuu....

"Cinta milik orang muda, orang tua macam Sahara ni cukup sekadar perasaan kasih sayang dan rasa hormat"

Ya. Itu lebih sesuai. Dan aku setuju.

Saturday, April 16, 2011

Positive but Pretending

Terlalu banyak mem'positif'kan keadaan-keadaan yang negatif. Selalu memaksa hati dan minda untuk berfikir 'ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku'. Hingga aku jadi seperti hidup dalam kepura-puraan all this while.

It really helps...some time ago, but when 'some time ago' is your past 10 years and its seem that nothing is change, you will end up questioning why this and why that.

Where am I going with my life?
- hari-hari kerja, bangun tido fikir kerja apa yang nak siapkan hari ni. Bila nak tido fikir banyaknya keje belum siap lagi. Tiada yang lain selain kerja.

Why no one really understands?
- orang sekeliling asyik bertanya itu dan ini. Macam 'har'. Do they know that everyone has different destiny of life? Just because they're not on your road doesn't mean they've gotten lost.

Why they keep asking why I do this and that?
- agak letih dan kusut bila nak menjawab soalan yang pelik-pelik.

Who will take care of me when I'm old?
- soalan yang selalu mengetuk minda masa tengah tunggu turn nak ambil ubat mak kat hospital. Sebab tu kena kawin awal, ada anak. Then anak boleh jaga bila tua. Takpe, boleh ambil anak angkat. Tapi prosedur nak ambil adopted child ni nampak agak complicated. Susah untuk golongan yang belum berkahwin nak dapatkan kelulusan.

Until when aku kena tanamkan dalam kepala hotak aku bahawasanya "setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya" or "masing-masing ada jalan hidup sendiri"..?
- seriously letih. Dari dulu sampai sekarang, itulah ayat yang menguatkan semangat aku untuk mencari kebahagiaan yang aku sendiri pun tak pasti aku dah kecapi ataupun belum.
- my BFF pernah post dlm fb nya "jangan ukur bahagia tu dgn hidup org lain,mmg takkan puas hati..". Yes, it's true, but sometimes we can't escape from ukur baju dibadan orang lain.

Inilah hasil daripada 'rasa' dan 'perasaan' yang mengusutkan jiwa dan raga.

Layan lagu wedding laa...cer dengor, cer dengor..



So there I was, trying to make it on my own
A lonely soul I thought I could have changed the whole world
For all my life been searching always trying to find
Someone like you to love me until the end of time


"Kebahagiaan yang hakiki ialah dengan mencintai Dia"

Cinta

" Sering kita terlalai, mengejar apa yang belum pasti, hingga kita lupa meraikan satu-satunya perkara yang menjanjikan kebahagiaan....CINTA " ~Dyan~



.......aku tetap diam.

Tuesday, April 12, 2011

Kusut

Ramai orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Ramailah orang karam dilaut
Saya seorang karam dihati


Petikan dari lagu Imran Ajmain -Ghaib-

Kadang-kadang kita tak boleh ikut sangat perasaan kita. Sebab selalunya perasaan kita ni didasari oleh hasutan-hasutan syaitan. Kalau kita tengok sesetengah manusia boleh membunuh bila rasa marah, boleh merogol bila rasa ghairah, boleh memukul bila rasa geram, boleh bunuh diri bila rasa putus asa. Semuanya kerana mengikut 'rasa' atau 'perasaan' yang difikirkan betul ketika itu tanpa didasari oleh pegangan agama. Bagi kita yang ada pegangan agama, kita kena jaga & berhati-hati dengan setiap apa yang kita rasa, bimbang terpesong dari arah tujuan yang sebenar.

Hari ini dan semalam, aku telah mengalami sedikit gangguan jiwa dan minda, dimana apa yang aku fikirkan itu agak terpesong dari landasan yang betul. It's hard to focus when that kind of 'thing' is inside your mind. Kusut sekali. Jika dilayan, mungkin makin teruk. Tapi syukur aku masih boleh berfikir dengan waras & sedikit pegangan agama yang nipis ini memberi kesedaran untuk melawan 'perasaan' itu.

Entah, sejak kebelakangan ni aku rasa aku lain dari orang normal yang lain. Mmmmm...mungkin dalam diri aku memang dah lain dari dulu, tapi baru sekarang aku identify. Tapi takpelah, aku berjaya mengawal apa yang tidak sepatutnya berlaku.

Alahai...kenapalah lagu Rossa ni best2...sadis..



~~ Telah ku padamkan api itu & telah aku akhiri segalanya ~~