Monday, January 23, 2012

#80 : bimbang persepsi dari isteri-isteri sekalian

Gua ni bekerja dikalangan lelaki-lelaki yang bergelar suami.
Ada yg 'hot' (hot?), ada yg bertanggungjawab giler, ada yg nmpk romantic, ada yang alim dan ada juga yang ntah apa-apa.

Kadang-kadang pergi course berdua
Kadang-kadang stay di office bertiga
Kadang-kadang bercakap di telefon lama-lama

Tapi semuanya atas landasan kerja
Tiada topik tentang hati, mahupun tentang perasaan, ataupun yang sewaktu dengannya
Tiada topik lain yang dibicarakan melainkan hal kerja

Gua tahu batas pergaulan
Awal-awal gua dah block hati gua dari mempunyai perasaan terhadap mereka-mereka
Moga-moga, takkan runtuh dinding itu

Kepada isteri-isteri sekalian, suami lu orang selamat dengan gua
Gua xboleh halang lu orang dari merasa risau
Gua juga xboleh tutup mulut orang lain
Tapi apa yang gua boleh buat hanyalah berdoa supaya dinding itu terus utuh dan "tak layan lebih-lebih" dengan suami lu orang

Walaupun gua ni single terlajak (terlajak skit je baru)
Gua bukan macam mereka-mereka yang dalam drama tu
Asal dah pegang title "sedikit berusia tapi masih solo"
Terus dicop cuba jadi perampas, jaga-jaga dengan dia, hati-hati dengan mereka
Ahhhhh..kolot
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi

Gua ni baik
Jangan risau ye, lagipun gua dah serik!

Layan lagu ni dulu, gua suka

Sunday, December 25, 2011

#79 : bosan dan membosankan

gua ni dahla seorang yg bosan, hidup gua juga amat membosankan
hidup gua ni xde apa2 selain mak gua, adik beradik gua yg xmesra dan kerjaya gua yang sangat gua suka
tapi sekarang gua ada new addiction.....
main piano...virtual piano je sbb blm mampu utk beli the real one
harga piano baru gua dah usha..lebih kurang seribu dua ratus, Yamaha
wa nyaris2 dah nk oder hr tu thru ebay, tp wa rilek dulu
wa dah pandai main 2 lagu
lagu Hello Lionel Richie ngn lagu Love Story
hari-hari balik keje wa akan main piano dulu
tapi wa pandai main sebelah tangan je...belah kanan
lagi syok kalau bole main dua2 belah, baru complete melody dia..
takpe, practice makes perfect
wa confident one day wa bole main piano thru ears, mcm Hazman Halid
boringnya cuti lama2

gua suka lagu ni


oldies btul gua ni kan...

Monday, December 5, 2011

Hazman Halid: Ombak Rindu (Piano & Strings)

Hazman Halid: Ombak Rindu (Piano & Strings): I finished what I started - a rearrangement of this song with strings and guitar. .

Version ni lagi best sbb dia tambah guitar..

Tp knp fanpage dia xboleh view....adoii... private fb pun xleh view jgk...knp..knp...knp...

Thursday, December 1, 2011

Thursday, November 24, 2011

#77 : dah malas nak jawab

dulu selalu jugak orang salah panggil gua Puan....
dulu selalu jugak gua betulkan, saya Cik...
sekarang gua dah malas

dulu ada jugak orang cakap kat gua "husband kat rumah tak marah ke balik keje lambat ni..?"
dulu selalu jugak gua betulkan, saya belum kawin...
sekarang gua dah malas

Dan tetiba gua jadi stress lepas dgr lagi soalan tu semalam...
Dan gua dah malas nak betulkan
Gua sekadar boleh ketawa dalam stress

Friday, November 18, 2011

#76 : Mcm mana nak deal dgn feeling yg hanya datang sekali sekala sahaja

Contohnya
bila tengah drive balik keje, rasa mcm bestnya kalau ada anak tggu kita kat umah

bila nak pegi keje, rasa mcm best kalau dapat cium tangan suami

bila ada event company, rasa mcm best kalau dpt dtg dengan suami & anak2

bila waktu keje, rasa mcm best bila ada org sms kita ckp 'i miss u'

mmmm....



terbaik..... life is so cruel without you here beside me.. acewaahh..
ni lagu pertama den nak mainkan bila den dh pandai main piano nnti...
esok adik balik kg...

Saturday, October 29, 2011

#75 : Betul lah tu

Dr.Fadzillah Kamsah cakap, kalau kita ada masalah dalam hubungan kita sesama manusia, itu bermakna kita ada masalah dalam hubungan kita dengan Tuhan. Jadi, perbaiki hubungan dengan Tuhan dulu, then Tuhan akan tolong kita perbaiki hubungan kita dengan orang sekeliling.

Motivator Pn.Rubiah cakap, orang yang perfectionist ini selalunya dia akan keseorangan pada hari tua nanti. Orang tu takkan ada ramai kawan.

Ustaz Mohd Pahrol Juoi cakap, macam mana kita nak mengubah perangai orang lain jika kita sendiri pun tak mampu nak mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Jangan salahkan orang itu jika dia tidak mahu berubah mengikut kehendak kita kerana kita takkan mampu merubah orang lain melainkan Yang Esa.



Saya tak mampu nak bertentang mata dengan awak sebab awak terlalu mempesonakan pandangan saya.